Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Putera Mateen & Puteri Anisha Rosnah Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

by Naddy Joe
October 15, 2025
Share on Facebook

Perkongsian Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah atau Putera Mateen mencetuskan rasa teruja netizen selepas mengumumkan bahawa dia dan isteri Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Binti Adam bakal menimang cahaya mata pertama.

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan Putera Mateen dan Puteri Anisha yang sedondon menggayakan busana berwarna putih dilihat saling memandang mesra antara satu sama lain sambil berpegangan tangan di balkoni.

Malah Puteri Anisha turut memegang ‘babybump’ miliknya yang sudah mula membesar.

“And then there were 3.”-kapsyen ringkas Putera Mateen di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Biarpun tidak mendedahkan jantina dan tarikh jangkaan kelahiran bayi kelak, khabar gembira yang dikongsikan oleh Putera Mateen itu dibanjiri ucapan tahniah oleh netizen dan selebriti, malah ramai yang menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

“Congrats you two 🙌❤️.”-Henry Golding

“Tahniah, semoga mendapat anak yang soleh dan solehah, Aamin.”

“MasyaAllah, sihat-sihat selalu kalian bertiga.”

“Tahniah, semoga ibu dan bayinya sihat-sihat.”

“Perfect photo that speak louder than words! Magic moments! Huge congratulations Prince Mateen & Princess Anisha! May God bless you all, for ever!.”

Sekadar info, Putera Mateen dan Puteri Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah dan gilang-gemilang selama 10 hari pada Januari 2024 di Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian, di Bandar Seri Begawan.

Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah, raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan tahniah di atas kehamilan cahaya pertama Puteri Anisha, semoga ibu dan bayi di dalam kandungan dipermudahkan segala urusan..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anisha rosnahputera mateen
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara