Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Puteri Sarah Hilang Susu Badan & Berat Susut Gara-Gara Gangguan Pihak Ketiga?

Kesan gangguan pihak ketiga dalam rumahtangga, Puteri Sarah akui alami masalah tekanan yang teruk

by Puteri Alia
September 6, 2022
via YouTube Majalah Nona

via YouTube Majalah Nona

Share on Facebook

Isu kemelut rumahtangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih lagi menjadi perhatian masyarakat, apatah lagi baru-baru ini ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi kesan yang dialaminya gara-gara gangguan dari pihak ketiga.

Dalam satu video temubual Puteri Sarah bersama Majalah Nona yang dimuatnaik di saluran YouTube, ibu kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah ini mendedahkan kesan yang dilaluinya selama empat tahun diganggu pihak ketiga.

Tak Ada Keyakinan, Badan

Menerusi temubual berkenaan, Puteri Sarah mendedahkan semenjak mengetahui kemelut yang melanda rumahtangganya pelakon ini mendedahkan dia hilang keyakinan diri.

“Demi Allah Sarah tak ada confidence dekat diri Sarah sendiri. Sarah rasa, Sarah tak cantik. Sarah rasa, Sarah down. Sarah rasa, Sarah buruk. Sarah rasa, Sarah tak cantik. Sarah memang tak ada confidence.” Ujarnya

Pelakon ini juga mendedahkan kerana terlalu tertekan atas apa yang berlaku dalam rumahtangganya, Sarah mengalami perubahan berat badan yang mendadak di mana tubuhnya mula susut menjadi terlalu kurus.

“Masa tu Sarah terlalu down, Sarah tak jaga diri Sarah. At one time berat Sarah 47kg. Sarah kurus kering macam batang mop.

Sarah macam skeleton dan Sarah tak happy dengan body Sarah. Tapi I cannot do anything sebab Sarah punya self confidence sangat rendah.” Ujarnya lagi

via YouTube Majalah Nona

Pukul Anak Dan Hilang Susu Badan

Sarah juga berkongsi akibat terlalu tertekan dengan gangguan dari pihak ketiga, dia melepaskan kemarahan yang di pendam pada anak sulungnya yang ketika itu berusia dua tahun. Dan itu adalah yang pertama dan yang terakhir Sarah memukul putera kesayangannya.

“Bila Sarah stress dulu, Sarah lepaskan dekat anak Sarah. Sarah pukul Syaikhul. Sebab I stress. Masa tu dia baru dua tahun. Masa tu dia tak tahu apa-apa.” Ucapnya kesal

Bukan itu saja, Sarah juga mendedahkan bahawa dia hanya dapat menyusukan anak perempuannya selama enam bulan sahaja kerana susu badan tak ada akibat terlalu tertekan.

“Paling I sedih, I cuma boleh menyusukan Sumayyah sampai umur dia enam bulan sahaja sebab I stress. Susu badan tak boleh keluar.

Bukan mudah bagi I. Pada hal I nak menyusukan anak sampai umur dua tahun tapi I hanya boleh sampai enam bulan.” Luahnya sedih

via Instagram Puteri Sarah Liyana

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa merupakan pihak ketiga yang telah mengganggu pelakon jelita ini selama empat tahun. Apa pun Murai MY mendoakan urusan Puteri Sarah dipermudahkan.

Topik Berkaitan Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ira Kazarputeri sarahSyamsul Yusof
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara