Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

VIDEO Ahmed Rampas Senjata Pengganas Di Bondi Beach, Dr Radzi Kongsi Kisah Peribadi

by Phic ARMAN
December 15, 2025
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam kekecohan insiden tembakan maut di Bondi Beach, Sydney pada Ahad lalu, muncul satu detik luar biasa yang buat ramai terdiam. Seorang lelaki awam bertindak pantas, tanpa senjata, berani meluru ke arah penyerang bersenjata dan berjaya melumpuhkannya. Rakaman video yang tular di media sosial kini menjadikan lelaki itu simbol keberanian sebenar.

@drradzijidin

Sebagai seorang yang pernah tinggal di Sydney dan selalu ke Bondi Beach, sedih bila mendapat tahu sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam satu insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Keberanian seorang lelaki awam telah membantu mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Beliau berjaya merampas senapang yang digunakan oleh salah seorang penembak. Sumber: Sydneymorningherald

♬ original sound – DrRadziJidin – DrRadziJidin

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang dilaporkan media tempatan sebagai Ahmed al Ahmed, 43 tahun, dilihat mengenakan kemeja putih ketika dia berlari ke arah seorang lelaki berbaju gelap yang memegang raifal di kawasan tempat letak kereta.

@victorian.fishing7

Fake Bodie #fakebodie #bondi #bondibeach #breakingnews

♬ original sound – Victorian fishing adventures

Tanpa ragu, Ahmed menyerang dari belakang, merampas senjata itu dengan tangan kosong sebelum mengacukannya semula ke arah penyerang, satu aksi yang disifatkan ramai sebagai “tidak masuk akal, tapi menyelamatkan nyawa”.

Suspek kemudian berundur ke arah sebuah jambatan di mana seorang lagi penembak berada, sementara Ahmed meletakkan senjata tersebut ke tanah. Keberaniannya itu dipercayai menghalang tragedi lebih besar daripada berlaku ketika acara pantai sempena sambutan Hanukkah tersebut. Seorang suspek maut, seorang lagi dilaporkan kritikal, dan polis masih menyiasat kemungkinan penglibatan penyerang ketiga.

Tindakan spontan Ahmed menerima pujian meluas. Premier New South Wales, Chris Minns, menyifatkannya sebagai “wira sebenar” dan berkata ramai yang masih hidup hari ini hasil keberanian luar biasa itu. Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut memuji individu yang “berlari ke arah bahaya demi menyelamatkan orang lain”.

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin, yang pernah tinggal di Sydney dan kerap ke Bondi Beach, turut berkongsi rasa sedihnya.

“Sebagai seorang yang pernah tinggal di Sydney dan selalu ke Bondi Beach, sedih bila mendapat tahu sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam satu insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Keberanian seorang lelaki awam telah membantu mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Beliau berjaya merampas senapang yang digunakan oleh salah seorang penembak,” katanya.

Media tempatan melaporkan Ahmed mengalami dua das tembakan dan kini dirawat di hospital. Di media sosial pula, orang ramai sepakat mengangkatnya sebagai hero, seorang lelaki biasa yang memilih untuk tidak lari, sebaliknya berdiri melawan bahaya demi nyawa orang lain.

Dalam dunia yang sering penuh ketakutan, kisah ini mengingatkan kita bahawa keberanian masih wujud, dan kadangkala, ia datang daripada orang yang paling tidak disangka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AHmedBondiRadzi Jidin
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara