Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Rendah Kalori & Sesuai Untuk Diet, Pilih Menu Ini Kalau Ke Starbucks!

by Soph Azz
January 19, 2023
Foto - LBB

Foto - LBB

Share on Facebook

Sebelum itu, adakah kamu seorang peminat tegar minuman Starbucks?

Ada kalanya rasa tak lengkap hari kalau tak mulakan pagi dengan segelas minuman dari Starbucks. Tak kiralah kopi, teh, jus atau coklat, tak dinafikan semuanya nampak sangat menyelerakan dan sedap!

Tetapi bagi sesetengah orang, mereka terpaksa lupakan niat untuk mulakan hari dengan secawan minuman di Starbucks. Katanya terlalu tinggi kalori dan boleh menggemukkan.

Psst… Sekiranya kamu sedang berdiet atau tengah jaga makan, apa kata kamu cuba pesan menu minuman yang rendah kalori ini. Boleh hilang craving dan paling penting, rendah kalori!

Jade Citrus Mint Tea (0 kalori)

Foto – Starbucks

Pesan seperti sedia ada atau tambahkan sedikit madu, teh hijau ini dipenuhi dengan nota limau, serai dan sedikit spearmint.

Passion Tango Iced Tea (0 kalori)

Foto – Starbucks / Twitter

Kalau nak minuman berwarna sikit, boleh pesan menu ini. Tak bergula, minuman merah ini mendapat warna daripada bunga raya. Dan rasanya pula ada rasa sedikit serai dan epal.

Caffé Americano (15 kalori)

Foto – Starbucks

Paling basic, Caffe Americano ini sentiasa menjadi menu kebanyakan orang untuk mulakan harinya. Tapi kalau kamu nak adjust menu ini, kamu boleh cuba bersama susu, soya, badam atau susu oat. Boleh juga kalau nak tambah 1-2 pam sirap tanpa gula, ikut selera tekak kamu.

Cold Brew with Dark Cocoa Almondmilk Foam (40 kalori)

Foto – Starbucks

Pesan menu ini seperti sedia ada dalam paparan menu, dan nantikan drizzle sos mocha dan serbuk koko yang lazat!

Caramel Frappuccino Light (100 kalori)

Foto – Twitter

Kalau kamu order menu ini, kamu boleh pesan tanpa menggunakan susu full cream, tapi gantikan dengan soya atau susu badam. Kemudian minta 2 pam sirap vanila tanpa gula ye.

Iced Green Tea Latte (120 kalori)

Foto – Starbucks

Daripada pesan menu sedia ada, apa kata kamu ubah dan tukar sedikit. Gantikan susu full cream dengan susu tiada lemak atau rendah lemak. Lebih sihat dan rendah kalorinya.

Iced Brown Sugar Oatmilk Shaken Espresso (120 kalori)

Foto – Starbucks

Mempunyai rasa asas kopi; espresso, kamu boleh adjust menu ini dengan kurangkan gula. Atau pun kalau nak rasa manis-manis sikit, hanya minta 2 pam sirap gula merah saja tau!

Kalau tak pandai nak pesan di kaunter, tunjuk saja menu ini pada juruwang okay?

air starbucksmenu diet starbucks
https://lomp.at/pltpt
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore