Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Romantik Komedi ‘Autumn In Wales’ Pertaruhkan Bakat Baru, Jaa Suzuran Sebagai Watak Utama

by Phic ARMAN
March 23, 2022
Share on Facebook

Filem ‘Autumn In Wales’ arahan Rahila Ali bakal disiarkan bermula 24 Mac 2022 secara eksklusif di Astro First. Dari penceritaan yang dapat dilihat dalam filem ini, jalan cerita tidaklah begitu berat dan sangat mudah difahami. Bagi pendapat kami yang telah pun menonton, ternyata sinematografinya lebih menonjol dari jalan cerita. Sangat cantik dan kemas.

Difahamkan kru produksi dan pelakon-pelakon menghabiskan masa lebih dari sebulan untuk menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom. Jadi kebanyakkan babak menampilkan keindahan lanskap Wales yang begitu mengagumkan.

Sekaligus, kualiti filem ini hampir setanding dengan filem luar negara, dan itu adalah satu pembaharuan dalam filem tempatan yang layak dipuji. Manakan tidak, pengarah sinematografinya merupakan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar yang baru saja menerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.

Dari segi lakonan, barisan pelakon menampilkan bakal baru tak dianggap mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan. Kita boleh nampak buat pertama kalinya, penyampai radio Jaa Suzuran memegang watak utama dalam filem. Bakatnya dalam dunia lakonan boleh diterima oleh penonton walaupun terdapat sedikit ‘kayu’ namun dia mampu menjiwai watak dengan baik. Di tambah lagi, dia bergandingan dengan Eyka Farhana yang terkenal dengan watak manja, Jaa dilihat begitu selesa dengan watak komedi romantik dalam filem ini.

Jaa memegang watak sebagai Jaka, seorang lelaki muda yang baru sahaja putus cinta dengan wanita transgender. Jaka membawa diri ke Wales, bekerja sebagai tukang cuci pinggan dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang yang berjaya.

Dari segi jalan cerita, bagi kami ia sebuah kisah cinta komedi yang agak ringan dan tidak meleret. Ada kalanya kami sudah boleh dapat meneka pengakhiran filem ini ketika menonton. Apa-apa pun, filem ini sangat sesuai untuk tontonan keluarga malah sangat sarat dengan pengajaran berkaitan dengan kisah kekeluargaan dan pengalaman bercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Normashayu Puteh (@ayuputeh)

Sementara itu, filem terbitan Pencil Pictures and Records ini turut menampilkan pelakon lain yang hebat seperti Keith Foo, Wanna Ali, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza. Jangan lupa untuk menonton filem Autumn in Wales pada 24 Mac 2022 secara eksklusif di Astro First.

YouTube video
Autumn In Walesayu puteh
https://lomp.at/y26vv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara