Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Jalan Cerita Filem Beyond The Edge Mengecewakan

by Khai Azfar
April 6, 2018
Share on Facebook

Pada mulanya kami menyangka filem Beyond The Edge ini merupakan filem Hollywood. Melihatkan pada poster filem ini tanpa melihat terlebih dahulu trailernya membuatkan kami tergerak hati untuk menonton Filem Beyond The Edge.

Jalan Cerita Yang Lemah

Perlu diingatkan filem ini sebenarnya adalah filem fiksyen Rusia dan tiada kaitan dengan filem Beyond The Edge terdahulu. Jujur kami katakan terdapat pelbagai kelemahan filem ini yang sekaligus menjatuhkan reputasinya. Malah ranking di IMDb juga hanya mendapat 4.6 daripada 10 markah. Antara kelemahan filem ini adalah dari segi jalan ceritanya yang agak mengelirukan.

https://youtu.be/_kMp7y9jOxg

Barangkali kerana telah dialihkan bahasanya membuatkan filem ini sedikit mengelirukan. Seterusnya adalah dari segi grafik dan kemampuam sebenar filem ini. Kami percaya sepatutnya dengan jalan cerita yang sebegitu, elemen ‘kuasa’ yang dimiliki oleh watak – watak dalam Beyond The Edge boleh menjadi sumber kekuatan filem. Namun, sangkaan kami meleset kerana ianya seperti sebuah fantasi kanak -kanak! Malah ada ketikanya kami hampir terlelap menonton filem ini.

Sinopsis Filem Beyond The Edge

Mengisahkan mengenai Michael seorang ‘gambler’ yang hebat dan sering kali memperdayakan ramai pemain di kasino mewah Eropah. Perancangannya yang selama berbulan itu akhirnya terbongkar apabila seorang pemain misteri yang mempunyai kebolehan menukar kad telah mengalahkan Michael dan menyebabkan dirinya ditangkap.

Dek kerana itu, Michael dikehendaki membayar sejumlah wang yang besar dalam masa seminggu. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Michale telah mengumpulkan beberapa orang individu yang mempunyai kuasa supernatural untuk membantunya menyelesaikan masalah. Namun begitu, pada pengakhirnya mereka terperangkap di dalam satu masalah yang besar hingga memaksa pengorbanan dilakukan bagi menyelamatkan salah seorang daripada mereka.

Beyond The Edge telah diarahkan oleh Aleksandr Boguslavskiy dan Francesco Cinquemani serta dilakonkan Lyubov Aksyonova, Anastasiya Anikhovskaya, Sergey Astakhov dan Antonio Banderas

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
beyond the edgereview beyond the edgesinopsis beyond the edge
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara