Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] SAMSUNG Galaxy Z Flip4, Nampak Sama Macam Z Flip3 Tapi Banyak Beza Rupanya

by Phic ARMAN
September 15, 2022
Share on Facebook

Sebelum ini kami ada mengeluarkan sebuah artikel buka kotak atau unboxing, telefon pintar lipat terbaru dari SAMSUNG iaitu Galaxy Z Flip4. Sedar atau tidak, sudah setahun rupanya usia siri pendahulunya iaitu Z Flip3. MURAI berkesempatan membuat review, Z Flip 3 pada tahun lepas, boleh rujuk artikel di bawah.

[REVIEW] 6 Persoalan Yang Telah Terjawab Mengenai Galaxy Z Flip3 5G

Selepas setahun, MURAI di beri kesempatan lagi untuk membuat review siri terbarunya iaitu Z Flip4 yang hadir dengan beberapa kemas kini menarik. Perkara pertama yang boleh kami boleh katakan selepas Z Flip4 berada di tapak tangan kami,  bodi-nya macam lebih langsing apabila dibuka dan ditutup.

Ketahanan Z Flip4 juga dipertingkatkan dengan perlindungan Gorilla Glass Victus+. Satu lagi penambahbaikan juga terdapat pada chipset, di mana Samsung menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1 digabungkan dengan 8GB RAM. Satu lagi peningkatan yang dibawa adalah dari segi bateri, di mana Galaxy Z Flip 4 5G disokong bateri 3, 700mAh dan Galaxy Z Flip3 hanya 3,300mAh.

Kapasiti bateri yang meningkat ini menjadikan Z Flip4 boleh bertahan lebih lama. Selain itu, pengecasan lebih pantas dengan ciri Pengecasan Super Pantas. Jadi, bagaimana pula pengalaman kami menggunakan Z Flip4 ? jom tengok review ini.

Reka Bentuk

Bercakap mengenai reka bentuk, bagi kami Z Flip4 dan Z Flip3 seolah-olah tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Sekali pandang macam sama!  Tapi sekiranya melihat lebih dekat,  Samsung telah memotong sedikit bezel pada Z Flip4. Selain itu, kami juga perasan Samsung juga telah membuat perubahan pada bahagian tepi Z Flip4 yang lebih segi empat sama dan sekata, manakala pada Z Flip3 bahagian tepinya lebih bulat.

Harus ingat, Z Flip4 tidak mempunyai port audio 3.5mm, Samsung hanya ada satu port iaitu USB Type C. Semua butang diletakkan di sebelah kanan telefon pintar, kedua-dua butang kelantangan dan kuasa yang juga boleh digunakan sebagai pengimbas cap jari. Samsung hanya menyertakan slot kad SIM di sebelah kanan telefon, yang boleh dibuka dengan ejektor. Dari segi engsel, Galaxy Z Flip 4 5G juga mempunyai engsel yang lebih tipis.

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

Kamera

Beralih kepada kualiti kamera, Z Flip4 disokong oleh dua kamera, iaitu lensa utama Dual Pixel OIS 12MP dan lensa ultra wide 12MP dengan  jangkauan 123 darjah. Sementara itu, keperluan swafoto dipenuhi dengan kamera pada skrin yang mempunyai resolusi 10MP. Namun begitu, Samsung menaik taraf sensor kamera dan menambah baik cipset AI pada Z Flip4 supaya ia boleh menghasilkan foto malam yang lebih terperinci dan dramatik.

Foto diambil dengan menggunakan kamera Z Flip4
Foto diambil dengan menggunakan kamera Z Flip4

Samsung mendakwa, untuk mengambil foto pada waktu malam, ia menambah baik ciri Super Night Resolution, OIS dan VDIS yang menghasilkan imej yang lebih tajam, stabil dan lebih jelas dalam keadaan cahaya malap.

Foto yang diambil menggunakan Z Flip4 pada waktu malam dengan mod normal

Sokongan AI Stereo Depth juga memastikan pengguna boleh mengambil gambar dengan warna yang terang walaupun keadaan cahaya tidak banyak.

Berdasarkan ujian, ketika mengambil gambar pada waktu malam, kamera Z Flip4 sememangnya mampu mengambil gambar dengan baik. Ini membuktikan Z Flip4 bukan sahaja cantik dari segi reka bentuk tapi bagus untuk fotografi.

Skrin/ Layar

Z Flip4 ini dilengkapi dengan skrin utama 2X Dynamic AMOLED 6.7-inci – skrin yang mempunyai kemampuan Adaptive Refresh Rate mulai dari 1-120 Hz.  Ciri skrin AMOLED pada Z Flip4 ini cukup berguna lagi-lagi pada waktu siang masih boleh melihat skrin peranti tanpa sebarang gangguan.

Penutup Super AMOLED 1.9 inci dengan resolusi 512 x 260 piksel

Selain itu, Z Flip4 ini juga mempunyai penutup Super AMOLED 1.9 inci dengan resolusi 512 x 260 piksel. Permudahkan kami dengan  hanya melihat skrin muka depan, mereka boleh mengetahui maklumat tentang masa, peratusan bateri, tarikh, pemberitahuan terkini, malah boleh mengambil swafoto menggunakan kamera utama sahaja.

Prestasi

Z Flip4 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan 8GB RAM. Ini menjadikan prestasi peranti, terutamanya apabila mengakses dan bertukar daripada satu aplikasi ke aplikasi lain, sangat lancar dan tanpa gangguan.

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

Antara yang menarik perhatian kami pada Z Flip4 ialah ciri FlexCam. Mod tangkapan video ini seperti merakam dengan handycam. Ini sesuai untuk anda yang ingin merakam video seperti vlog.

Samsung juga telah menambahbaikkan ciri Mod Flex supaya penggunaannya lebih optimum. Salah satu keupayaan baharu ialah TouchPad. Jadi apabila skrin dilipat separuh, di bahagian atas ia akan memaparkan aplikasi manakala di bahagian bawah terdapat kawasan kawalan seperti trackpad pada komputer riba.

Kita boleh menavigasi menggunakan kursor sama seperti menggunakan komputer riba.

Bateri

Mungkin sebelum ini, ramai yang merungut dengan dengan ketahanan bateri 3,300 mAh pada Galaxy Z Flip 3, namun kali ini Samsung meningkatkan hayat bateri Galaxy Z Flip4 kepada 3,700 mAh.

Kapasiti bateri yang besar disertakan dengan keupayaan pengecasan pantas 25W. Dan disokong oleh prestasi pemproses Snapdragon 8+ Gen 1, Galaxy Z Flip4 didakwa 30% lebih cekap kuasa. Melihat kelajuan pengecasan, Galaxy Z Flip4 telah diuji 50% penuh dalam masa 30 minit.

Harga

Galaxy Z Flip 4 5G menawarkan beberapa warna, seperti Bora Purple, Graphite, Pink Gold, dan Blue – pada harga RM4,099  (8GB/128GB).  Mulai 2 September dan seterusnya, nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,398 apabila anda membeli Galaxy Z Flip4 atau Galaxy Z Fold4  (klik pautan).  Sebagai alternatif, tukar beli dan miliki Siri Galaxy Z pada harga serendah RM1,969.

samsungsamsung z flip4Z Flip4
https://lomp.at/9xz84
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

Best Buy International Meningkatkan Import Dengan Penyelesaian Pembiayaan B2B Moby Money

by Phic ARMAN
December 26, 2025

Kalau cerita pasal bisnes & pembiayaan, Moby Money Sdn. Bhd. memang nama yang tak boleh dipandang remeh. Syarikat fintech Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore