• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Rezeki Bakal Jemaah, Selangor Naikkan Insentif Haji Kepada RM1,500 Buat Jemaah Haji Muassasah

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026
Share on Facebook

Berita baik buat bakal jemaah haji di Selangor! Seramai 6,000 jemaah haji muassasah bakal menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan Program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata menerusi program yang dilaksanakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), jumlah insentif meningkat sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 kepada RM1,500 bagi setiap jemaah haji muassasah.

Katanya, pemberian itu adalah seperti diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM9 juta.

“Sejak mula dilaksanakan pada 2022 oleh MBI Selangor, insentif ini memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 dan 6,000 jemaah masing-masing pada 2024 dan 2025,” katanya dalam kenyataan.

Speculation mounts that S'gor MB Amirudin may get Cabinet post | The Star
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor.

Pecahan penerima sebelum ini ialah:

  • 3,000 jemaah pada 2022
  • 3,000 jemaah pada 2023
  • 6,000 jemaah pada 2024
  • 6,000 jemaah pada 2025

Kini, angka 6,000 jemaah diteruskan untuk tahun 2026 dengan kadar bantuan lebih tinggi.

May be an image of text that says "中民品 YAYASAN MENT INOORPORATION PROGRAM INSENTIF Haji Muassasah 1447H/2026M 1447H 2026M Jumlah Peruntukan RM 9 Juta Sumbangan Wang Tunai RM1,500 Kuota Penerima 6,000 Tarikh Permohonan 23 Feb- -15 Julai 2026 CARAMEMOHON Permohonan di Pejabat DUN Penyelaras DUN. SYARAT KELAYAKAN Pengundi Selangor & menunaikan haji secara Muassasah DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Salinan bercetak jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 yang tertera KOD MUAS. KITASELANGOR MBI THRIVE20 HEMACИK EACИKИHФИPAM KIEHIDUPAN MALAYSIA MADANI"

Cara Mohon Lebih Mudah

Bagi mengoptimumkan proses pendaftaran, bakal jemaah yang juga warga Selangor dan pengundi di negeri itu hanya perlu:

  • Membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026.
  • Pastikan terdapat paparan KOD MUAS.
  • Hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat atau Pejabat Penyelaras DUN masing-masing.

Proses penyelarasan akan dibuat oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Permohonan dibuka bermula Isnin ini sehingga 15 Julai.

Doa Dipermudah Urusan

Dalam kenyataan sama, beliau berharap bantuan ini dapat membantu meringankan persiapan perjalanan jemaah.

“Saya mendoakan supaya usaha ini dapat memudahkan persiapan perjalanan jemaah yang bakal meraikan duyufurrahman pada tahun ini, insya-Allah,” katanya.

Umum mengetahui kos menunaikan ibadah haji bukanlah sedikit, apatah lagi dengan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Justeru, insentif ini dilihat mampu memberi sedikit kelegaan kepada bakal jemaah dalam membuat persediaan akhir.

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan, khususnya dalam urusan ibadah yang menjadi rukun Islam kelima.

Bagi Murai, dengan peningkatan kadar insentif ini, kerajaan negeri berjaya santuni bakal jemaah haji Selangor agar perjalanan ibadah mereka lebih tenang dan teratur.

hajiProgram Insentif Haji Muassasah 1447H/2026selangor
https://lomp.at/q75wf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

AirAsia ‘Kunci’ Harga Rendah Musim Perayaan, Ini 3 Hal Yang Ramai Tak Perasan Tapi Penting

by Phic ARMAN
January 8, 2026

Setiap kali musim perayaan, isu harga tiket kapal terbang sentiasa menjadi topik yang mendebarkan. Ramai yang terpaksa menangguhkan rancangan balik...

Read moreDetails
Insentif

Berita Gembira! Tebus STR 2026 RM100 Anda Bermula 9 Februari

by Phic ARMAN
January 5, 2026

MURAI nak kongsikan berita gembira buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai...

Read moreDetails
Insentif

Cadangan Umur Baru Pra Sekolah & Tahun 1: Apa Implikasinya Kepada Ibu Bapa?

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila pendidikan prasekolah akan bermula seawal usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun...

Read moreDetails
Insentif

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa MADANI di Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus membuktikan...

Read moreDetails
Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore