Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rizalman Dikecam Netizen! Ada Yang Dakwa Mahu Boikot Gara-Gara Isu GSF!

by Aphit J.
October 5, 2025
Share on Facebook

Sebelum ini Murai Malaysia ada berkongsikan mengenai pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim yang menjadi perhatian hangat di media sosial selepas memberi pandangan berkaitan aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Pandangan Tentang Mahram Cetus Kontroversi

Dalam satu hantaran di media sosial, Rizalman berkongsi mesej seorang pengikut yang kecewa dengan penahanan Zizi Kirana dan PU Rahmat semasa menyertai misi tersebut.

Rizalman kemudian menegaskan kepentingan wanita ditemani mahram dalam setiap perjalanan, termasuk yang bersifat kemanusiaan.

Beliau menyatakan bahawa kehadiran mahram mampu menjadi benteng daripada melakukan perkara yang tidak diingini, sambil menyentuh soal bisikan qarin yang sentiasa hadir, walaupun dalam perjalanan ke tempat yang aman.

Netizen Anggap Rizalman Tak Sensitif Isu Palestin

via Oh Bulan

Kenyataan Rizalman itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Ramai menyifatkan pandangannya sebagai tidak sensitif terhadap usaha dan pengorbanan aktivis yang mempertaruhkan nyawa demi membantu rakyat Palestin.

Malah, sesetengah netizen mempersoalkan kelayakan beliau untuk bercakap tentang isu agama secara terbuka jika hanya berdasarkan pandangan peribadi yang mungkin tidak lengkap.

Mereka menganggap kenyataan itu seperti mempersoalkan niat dan keikhlasan aktivis wanita yang terlibat dalam misi tersebut, sedangkan apa yang dilakukan adalah atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sesama umat Islam.

Desakan Boikot Mula Tular di Media Sosial

Akibat kenyataan tersebut, ada sesetengah individu yang menyatakan ingin memboikot barang keluaran Rizalman.

Ramai yang menyuarakan rasa kecewa, menyifatkan beliau seolah-olah memperkecilkan semangat perjuangan mereka yang menyertai misi ke Gaza.

Ada juga yang membidas dengan menyatakan kalau tak mampu turun padang, sokong saja. Jangan jadi batu penghalang.

Teguran Rizalman yang dilihat ‘terlebih lantang’ akhirnya memakan diri apabila ramai menganggap ia tidak membina dan sepatutnya disampaikan secara lebih berhemah.

Rizalman Sentuh Soal Mahram Terhadap Aktivis GSF, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Dalam suasana umat Islam bersatu menyokong perjuangan Palestin, masyarakat mengharapkan tokoh terkenal seperti Rizalman menunjukkan sokongan padu, bukan mencetuskan perbalahan.

Rizalman Ibrahim
https://lomp.at/g8lkw
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore