Roti canai tidak asing lagi bagi rakyat malaysia, Kerana ianya boleh menjadi pilihan tidak kira masa dan tempat. Ada yang gemar memakannya di waktu pagi, dan ada yang menginginkannya di waktu malam. Tidak hairanlah kenapa ada kedai makan yang membuat roti canai sebagai menu wajib ada.
Roti canai yang diperbuat dari tepung gandum dan juga bahan-bahan lain, menjadikan ia makanan yang senang dan cepat dimasak akan tetapi untuk menebarnya memerlukan kemahiran dan lahitan. Selalunya, roti canai dimakan bersama kuah dal, kari dan sambal. Ada juga di negeri sebelah Pantai Timur yang memakannya dengan gula dan susu. Lain tempat lain caranya tetapi masih lagi roti canai yang sama.
Manakala di ruangan komen pula, mereka menyatakan bahawa ternyata memang sedap dan ingin mengulang kembali ke kedai tersebut pada masa akan datang.
Dah pergi!! Memang sedap gila! tapi kene pergi pagi dan bukan hari cuti – kata mereka.
Pilihan ditangan anda, MURAI MY cadangkan kalau terliur cepat-cepat pergi cuba roti canai sarang burung special di Setiawangsa.



