Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Roti Hotdog Bazar Ramadan Berkulat, Anak 3 Tahun Sempat Makan

by Naja Nix
March 5, 2026
via Thread /@coffeelovers_my

via Thread /@coffeelovers_my

Share on Facebook

Anak Dah Termakan, Ibu Serba Salah Antara Tegur, Lapor Atau Berdiam Diri

Musim Bazar Ramadan memang meriah setiap tahun dengan juadah yang pelbagai dan orang ramai berpusu-pusu mencari hidangan berbuka. Namun satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang apabila seorang ibu mendakwa roti hotdog yang dibeli didapati berkulat dan lebih membimbangkan, anaknya berusia tiga tahun sudah sempat makan sedikit.

Ibu tersebut mengakui dia bukan jenis suka memanjangkan isu atau mencetuskan drama. Tetapi sebagai ibu, rasa risau itu memang tak boleh dielak. Dalam fikirannya hanyalah satu iaitu keselamatan anak.

Kesihatan Dulu, Tegur Kemudian

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran terhadap peniaga-peniaga yang kerap kali menjual baki makanan semalaman yang dijual pada keesokan harinya

Ramai yang menyarankan supaya anak dibawa ke klinik untuk pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun belum menunjukkan simptom, tindakan awal dilihat lebih selamat, apatah lagi melibatkan kanak-kanak kecil.

Ada juga yang berpendapat peniaga perlu ditegur secara baik. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi supaya lebih peka terhadap kualiti dan kebersihan makanan. Jika benar berlaku kecuaian seperti menjual semula makanan tidak habis atau tidak disimpan dengan betul, ia bukan isu kecil.

via Thread /@seraidot
via Thread /@azrhazr
via Thread /@akim_20200

Risiko Makanan Berkulat Bukan Perkara Remeh

Secara perubatan, makanan berkulat berpotensi mengandungi mikotoksin yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara simptom lazim termasuk muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam. Bagi kanak-kanak, sistem imun mereka masih dalam fasa perkembangan, jadi risiko komplikasi lebih tinggi.

Pemantauan sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam selepas kejadian amat digalakkan. Jika terdapat tanda luar biasa, segera dapatkan rawatan.

Perlu Lapor Atau Tidak?

Sekiranya situasi dirasakan serius atau melibatkan aspek keselamatan awam, aduan boleh dibuat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. Langkah ini bukan bertujuan untuk menutup periuk nasi sesiapa, tetapi memastikan standard keselamatan makanan sentiasa dipatuhi.

Animator Malaysia Bengang: Kenyataan CEO Soal AI & Gaji Cetus Debat Industri Kreatif

Dalam hal sebegini, keutamaan tetap pada kesihatan anak. Tegur dengan berhemah, pantau keadaan, dan ambil tindakan sewajarnya jika perlu.

Dalam keterujaan menikmati juadah berbuka di Bazar Ramadan, aspek keselamatan tak boleh sekadar dianggap remeh. Bila melibatkan anak kecil, memang tak ada ruang untuk kompromi dan toleransi.

bazar ramadan 2026isu kesihatanmakanan basimakanan berkulatsuara netizen
https://lomp.at/19gy3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

RM600 Sekali Gus, Nafas Lega Buat Pemandu Teksi & Bas Sekolah Pulau Pinang

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu....

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Awak Betul, Kami Paling Cringe’- Mimifly Tegur GenZ

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau anda selalu scroll Threads untuk hiburan ringan, mesti pernah terjumpa perdebatan tentang generasi, lebih-lebih lagi bila topik Millennials vs...

Read moreDetails
via Imagefx /Flow
Sosial Buzz

Smart Lock Tak Sampai Setahun Dah Rosak, Pembeli Luah Kecewa Tanggung Kos Tambahan Ratusan Ringgit

by Naja Nix
February 26, 2026

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa sebuah smart lock jenama terkenal yang dibelinya pada harga RM485.93 mengalami kerosakan walaupun...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Hanya Berdiri Kaku! ‘Orang Pokok’ Bad Bunny Di Super Bowl Ini Rupanya Terima Gaji Tinggi

by Phic ARMAN
February 13, 2026

Siapa tengok persembahan halftime Super Bowl LX dekat Levi’s Stadium memang tahu. Bad Bunny bukan sekadar buat konsert, tapi dia...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Neelofa Tekan Kuasa Teknologi, Fidyah Kini Lebih Mudah Dengan TheNoor & ikhlas.com

by Phic ARMAN
February 12, 2026

Nama Neelofa sekali lagi jadi perhatian apabila beliau menegaskan komitmen TheNoor dalam membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore