Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Rumah Subsidi RM20K & Pinjaman Tanpa Faedah 16 Tahun, RMR Jadi Rebutan Rakyat Terengganu

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026
Share on Facebook

Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi SPNB, Datuk Prof Dr Azmi Mohd Lila yang memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, sebanyak 104 unit sedang giat disiapkan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ketika ini.

Menurut beliau, sejak tahun 2002, Terengganu telah menerima kira-kira 10,600 unit RMR, sekali gus menjadikannya negeri kedua tertinggi selepas Kelantan yang mencatatkan lebih 11,000 unit.

“SPNB melalui Belanjawan 2026 akan membina 6,545 unit RMR di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM500 juta. Terengganu menjadi antara penerima tertinggi iaitu 680 unit RMR di lapan daerah” katanya.

Lembaga Pengarah - SPNB
Pengerusi SPNB, Datuk Prof Dr Azmi Mohd Lila

Peruntukan RM500 Juta Di Bawah Belanjawan 2026

Melalui Belanjawan 2026, SPNB memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi pembinaan 6,545 unit RMR di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, Terengganu muncul antara negeri penerima tertinggi dengan 680 unit yang akan dibina di lapan daerah.

Secara keseluruhan, sejak 2002, SPNB telah membina lebih 76,000 unit RMR di seluruh negara sebagai sebahagian daripada agenda perumahan mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.

Subsidi RM20,000 Setiap Rumah

    • Subsidi kerajaan: RM20,000 bagi setiap unit rumah.
    • Baki harga rumah: RM55,000 dibiayai melalui pinjaman tanpa faedah.
    • Tempoh bayaran balik: Sehingga 16 tahun.
    • Kelebihan skim: Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri dengan komitmen bulanan lebih rendah berbanding pembiayaan komersial.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM750 hingga RM5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya.
  • Pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).
Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

Isu Tunggakan Cecah RM7.5 Juta

Sekadar info tambahan, Terengganu merekodkan jumlah tunggakan bayaran pinjaman tertinggi iaitu sebanyak RM7.5 juta setakat tahun lalu.

Sehubungan itu, pihak SPNB menasihatkan penerima supaya lebih bertanggungjawab dalam menjelaskan bayaran bulanan selepas menerima kunci rumah.

“Saya nak ingatkan bahawa bayaran bulanan adalah menjadi tanggungjawab penerima selepas mendapat kunci rumah. Penting untuk masing-masing menjelaskan bayaran bagi memberi peluang kepada pemohon yang sedang menunggu agar dapat merasai manfaat yang sama” katanya pada Majlis Serah Surat Tawaran RMR 2026 kepada 240 pemohon.

Menurut pihak pengurusan, kelancaran bayaran adalah penting supaya lebih ramai pemohon lain yang sedang menunggu dapat menikmati manfaat program yang sama.

Komitmen Berterusan Perumahan Mampu Milik

Majlis serahan surat tawaran RMR 2026 kepada 240 pemohon turut diadakan baru-baru ini sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kediaman selesa kepada rakyat.

Pendekatan subsidi dan pinjaman tanpa faedah ini dilihat sebagai antara usaha signifikan dalam menangani isu pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40.

Bagi Murai, inisiatif seperti RMR ini sememangnya memberi sinar baharu kepada keluarga yang selama ini menyewa atau menumpang. Dengan subsidi RM20,000 dan pinjaman tanpa faedah, peluang memiliki rumah sendiri bukan lagi sesuatu yang mustahil.

RMRSPNBTerengganu
https://lomp.at/abs4r
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Pembiayaan Rumah Hijau Hingga 110%? RHB & Cagamas Tawar Solusi Baharu Untuk Rakyat Malaysia

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Impian memiliki rumah yang selesa, moden dan mesra alam kini semakin dekat dengan realiti apabila Kumpulan Perbankan RHB (RHB) bersama...

Read moreDetails
Automotif

Proton e.MAS 7 PHEV Cipta Sejarah Pandu Lebih 1,100KM Tanpa Cas & Minyak, Tempahan Dibuka Serendah RM99

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuka tempahan awal Proton e.MAS 7 PHEV serba...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Insentif

RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

by Ayu Kamaruddin
February 27, 2026

Berita baik buat semua rakyat Sabah, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2026 diteruskan lagi tahun ini dengan bayaran RM200 sebulan,...

Read moreDetails
Insentif

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore