Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Saman Menteri-Menteri Sedap Sikit’- Ustaz Abu Syafiq Pesan Jangan ‘Sembah’ Vaksin

Pendakwah bebas ini tidak gentar mendapat saman dari menteri sebaliknya akan failkan saman balas dengan nilai tinggi

by Puteri Alia
February 4, 2022
Foto - Malay Mail/ Instagram @ustazabusyafiq

Foto - Malay Mail/ Instagram @ustazabusyafiq

Share on Facebook

Berikutan kontroversi mengenai isu vaksin Covid-19 yang dikongsikan di media ustaz Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah ke atas pendakwah tersebut.

Akan Failkan Saman Balas

Susulan isu tersebut, pendakwah ini memuatnaik di Instagram nya dengan mengatakan pihaknya akan memfailkan saman balas semula terhadap menteri dengan nilai saman RM500 juta.

“Saya akan saman balas RM500 JUTA. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka berkepok.” Tulisnya

Foto – Instagram @ustazabusyafiq

Dalam muat naik Abu Syafiq di Insta-Stories sebelum ini, pendakwah ini seolah-olah menyindir Khairy dengan membuat tanda pagar dengan ayat menteri koyak sebelum memuatnaik ayat permohonan maaf dan mengatakan akan membuang video serta posting berkaitan menteri kesihatan tersebut.

“Haha. #Menteri Koyak.”

“KJ. Saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya ye. Saya akan buang semua video dan posting saya pasal Abang KJ tu. Usahlah Abang KJ bersedih. Saya sayang Abang KJ. Semua orang pun sayang. Allah sayang..

Pesanan terakhir saya kepada semua:

(Jangan ‘sembah’ Vaksin Usah Per’tuhan’kan WHO)” Tulisnya

Tetap Dengan Pendirian, Lawan Pemimpin Zalim

Manakala dalam muat naik terkini pendakwah ini di Instagram nya, Abu Syafiq dengan tegas mengatakan dirinya tidak akan berdiam diri dan akan melawan pemimpin zalim habis-habisan.

Foto – Instagram @ustazabusyafiq

“Pendirian saya terhadap pemimpin zalim bukan senyap dan bisu walau mereka pukul dan siksa kamu. Seperti ia pendirian ramai agamawan lain. Hanya tunduk dan patuh kepada kezaliman dan kejahatan.

Pendirian saya adalah LAWAN. Lawan sampai mati. Sedikit pun tak gentar dengan apa-apa ugutan.

Allah berfirman:

“Dan janganlah engkau menganggap, bahwa Allah alpa dari apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sampai hari yang pada waktu itu mata mereka pasti terbeliak”.

Surah Ibrahim 42.

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللّٰهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظّٰلِمُوْنَ ەۗ اِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيْهِ
الْاَبْصَارُۙ” Tulisnya

Apa-apa pun harap semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Khairy JamaluddinMenteri KesihatanUstaz Abu Syafiqvaksin
https://lomp.at/ed5cr
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore