Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sampai Diugut Bunuh? 4 Kes Ini Tular Sebab Drama ‘Jangan Benci Cintaku’

by Khai Azfar
July 30, 2018
Share on Facebook

Ketika ini drama Jangan Benci Cintaku arahan Pali Yahya merupakan antara drama yang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga trending di media sosial. Drama 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd itu membariskan ramai pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat atau Shah, Zahirah MacWilson sebagai Rafeeqa Huda, Niena Baharun (Husna), Izzue Islam (Syazwi), Azizah Mahzan (Nek Pah) dan Daler Yusuf (Irwan).

4 Isu Ini Tular Kerana Jangan Benci Cintaku


Penangan drama tersebut boleh dikatakan ramai yang begitu emosi apabila menonton drama ini. Lebih mengejutkan sehingga melibatkan ugutan kepada pelakon-pelakon filem ini. murai.my bawakan 4 isu tersebut yang kini tular di media sosial.

Pak Nil Maki ‘Shah’ Di Instagram


Bukan sahaja netizen, malah para selebriti turut menyokong dan menonton filem ini. Namun begitu, itu bukanlah bermakna mereka tidak mendalami drama tersebut kerana ada diantaranya turut beremosi termasuk selebriti terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi ataupun lebih dikenali sebagai Pak Nil. Seperti artikel kami terdahulu, Pak Nil telah memaki seseorang di Instagramnya dipercayai kerana terlalu geram dengan watak Saharul sebagai Shah.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Saharul Diugut Bunuh


Benar! Inilah yang terjadi apabila Saharul menerusi Instagram nya mendedahkan bahawa dia diugut bunuh oleh seorang peminat kerana watak Shah.

Malah dia turut berharap agar penonton tidak terlalu terpengaruh dan membenci mereka kerana watak-watak yang ditonjolkan dalam drama tersebut.

Suami Dikurung 3 Hari


Terbaru, tular di media sosial apabila netizen heboh memperkatakan mengenai seorang suami yang dikurung oleh isterinya selama 3 hari. Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari suaminya yang cuba menghalang isterinya itu daripada menonton drama berkenaan. Padahnya dia telah dikurung dalam sebuah kandang besi sebelum diselamatkan orang ramai.

Peminat Minta Nasihat Zahirah


Dalam perkembangan lain, Zahirah atau lebih mesra sebagai Ira ketika ditemui murai.my berkata terdapat ramai peminat yang telah Direct Message (DM) beliau di Instagram. Semuanya kerana terbawa dengan drama tersebut dan mereka turut meminta nasihat rumahtangga daripada pelakon ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
drama jangan benci cintakufika jangan benci cintakunek pahniena baharunsaharul ridzwanzahirah macwilson
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara