Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Samsung Galaxy S26 FE vs S26: Apa Yang Anda Dapat Dengan Harga Lebih Murah?

by Phic ARMAN
August 28, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Samsung kembali dengan satu lagi model dalam keluarga flagshipnya, kali ini Galaxy S26 FE. Tapi persoalannya, bila namanya masih membawa label S26, sejauh mana telefon ini sebenarnya berbeza dengan Galaxy S26, S26+ dan S26 Ultra?

Kalau anda sedang berkira-kira nak upgrade telefon, perbandingan ini mungkin boleh bantu buat keputusan.

Galaxy S26 FE Masih Ada ‘Aura’ Flagship

VIA Lowyat.net

Dari segi reka bentuk dan pengalaman penggunaan, Galaxy S26 FE masih membawa identiti siri Galaxy S. Ia hadir dengan skrin 6.7 inci AMOLED sehingga 120Hz, menjadikannya menarik untuk mereka yang suka skrin besar untuk menonton, bermain game atau sekadar scrolling TikTok berjam-jam.

Menariknya, kapasiti baterinya ialah 4,900mAh, sama seperti Galaxy S26+. Ia turut menyokong pengecasan 45W.

Jadi, kalau anda jenis yang selalu risau bateri cepat habis, bahagian ini memang win.

Kamera Tak Kurang ‘Power’?

VIA Lowyat.net

Untuk fotografi, Galaxy S26 FE membawa sistem tiga kamera dengan kamera utama 50MP, ultra-wide 12MP dan telephoto 8MP dengan 3x optical zoom.

Walaupun spesifikasinya tidak setanding S26 Ultra, Samsung tetap memasukkan beberapa ciri kamera premium seperti Nightography, Super Steady dengan Horizontal Lock dan My FanCam.

Samsung turut membawakan beberapa ciri kamera yang sebelum ini menjadi antara tarikan siri Galaxy S, termasuk Nightography, Super Steady dan Horizontal Lock.

Horizontal Lock ini menarik terutama untuk mereka yang suka merakam ketika bergerak. Pernah tak anda rakam video sambil berjalan, naik kereta atau ketika bercuti, tetapi hasilnya nampak senget dan tak level?

Dengan Super Steady bersama Horizontal Lock, rakaman boleh dikekalkan lebih stabil dan mendatar walaupun subjek sedang bergerak. Jadi untuk travel vlog, aktiviti lasak atau sekadar mengejar momen spontan, kuranglah drama nak betulkan video selepas shooting.

Galaxy S26 FE juga memperkenalkan My FanCam, yang boleh menjejak individu pilihan dan memastikan mereka kekal dalam frame secara automatik.

Content creator, yang ini memang boleh jadi life saver.

Tetapi Ada Yang Perlu Dikompromi

S26 FE

Di sinilah perbezaannya mula terasa.

Galaxy S26 FE menggunakan Exynos 2500 dengan 8GB RAM, manakala Galaxy S26 dan S26+ menggunakan cip Exynos 2600 dengan 12GB RAM.

Resolusi skrin FE juga lebih rendah berbanding S26+, manakala kamera telephotonya menggunakan sensor 8MP berbanding 10MP pada S26 dan S26+.

Jadi, untuk penggunaan harian, FE memang nampak cukup lengkap. Tetapi kalau anda kaki gaming tegar atau mahukan prestasi flagship maksimum, model S26 yang lebih tinggi masih ada kelebihan.

One UI 9 Jadi Tarikan Utama

Satu perkara yang agak menarik, Galaxy S26 FE menjadi model pertama dalam keluarga S26 yang dilancarkan dengan One UI 9.

Ia hadir dengan ciri Galaxy AI seperti Now Brief yang lebih diperibadikan, Now Nudge dan Circle to Search yang kini boleh mengenal pasti beberapa objek dalam satu gambar.

Dengan harga promosi bermula RM2,499, persoalannya sekarang,  perlukah anda bayar lebih RM5,000 untuk Galaxy S26 jika pengalaman utama yang dicari sudah ada pada S26 FE? Boleh semak harga di sini.

Jawapannya bergantung kepada satu perkara, anda mahukan flagship sebenar, atau flagship experience yang lebih mesra poket?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy S26 FE
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenapa Suria KLCC Pilih Rizman Ruzaini Buka Tirai KLFW 2026? Ini Alasannya

by Phic ARMAN
August 12, 2026

Pernah tertanya-tanya kenapa Rizman Ruzaini yang dipilih untuk membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026? Bagi MURAI, pemilihan ini...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
Ruang Play oleh IKEA Malaysia
LifeXplore

IKEA Malaysia ‘Bina’ Ruang Play Untuk Kanak-Kanak Dari Keluarga Kurang Berkemampuan

by Nurul A.
August 13, 2026

Sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-30, IKEA Malaysia menyokong Yayasan Generasi Gemilang (YGG) dalam membantu menghidupkan Ruang Play. Melalui sumbangan...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Hari Malaysia 2026: Ini Cara SITI KHADIJAH Raikan Kepelbagaian Malaysia

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia? Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang...

Read moreDetails
Disneyland Hong Kong
LifeXplore

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Hong Kong Tawar Pengalaman Menarik Menjelang Hujung Tahun

by Nurul A.
August 25, 2026

Bagi rakyat Malaysia yang ingin berehat seketika daripada cuaca panas, Hong Kong (HK) menawarkan pelbagai agenda untuk dikunjungi dalam beberapa...

Read moreDetails
Greater Bay Area
LifeXplore

Hong Kong, Guangdong & Macao Ajak Rakyat Malaysia Terokai Greater Bay Area

by Nurul A.
August 18, 2026

Hong Kong Tourism Board (HKTB) bersama Department of Culture and Tourism of Guangdong Province and Macao Government Tourism Office (MGTO)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara