Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

BUDI95: Jom Semak Kelayakan & Tebus Melalui 4 Kaedah Pembayaran Yang Mudah

by Nurul A.
September 24, 2025
Foto - Malaysia Bangkit / Bernama

Foto - Malaysia Bangkit / Bernama

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang salah faham bahawa MyKad diguna pakai untuk membayar minyak petrol RON95. Salah ye sebenarnya kerana MyKad kamu hanya digunakan untuk mengesahkan kelayakan sebagai warganegara Malaysia sahaja untuk terima subsidi minyak petrol RON95.

Warganegara dan pemegang MyKad sah dapat menikmati subsidi minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter dan terhad kepada kuota 300 liter setiap bulan.

Bagi yang kurang arif mengenai subsidi terbaru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, BUDI95 (atau rasminya BUDI MADANI RON95) ini merupakan gantian sistem subsidi blanket yang sebelum ini memberi manfaat kepada semua pembeli tanpa mengira kewarganegaraan.

Tarikh Pelancaran BUDI95 

Untuk pengetahuan semua, pelancaran BUDI95 bermula pada tarikh-tarikh yang ditetapkan secara berperingkat bagi memastikan sistem berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan:

  • Anggota tentera dan polis: Mulai 27 September 2025
  • Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah): Mulai 28 September 2025
  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif: 30 September 2025

Semak Syarat Kelayakan

Untuk menikmati subsidi minyak petrol RON95, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu aktif dan sah
  • Tiada had pendapatan
  • Jenis kenderaan (kereta atau motorsikal) persendirian

Bagi pemandu e-hailing seperti Grab, InDriver dan SOCAR, pemandu boleh memohon kuota tambahan melebihi 300 liter sebulan untuk memastikan kelangsungan pekerjaan harian.

2 Kaedah Pembayaran BUDI95

Bagi menebus subsidi BUDI95, penerima yang layak hanya perlu bawa MyKad dan pastikan cip MyKad kamu berfungsi dengan baik, bertujuan untuk urusan pengesahan penerima.

Topik Berkaitan “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

Kaedah 1: Pembayaran di pam 

  1. Pergi ke mana-mana stesen minyak yang menyediakan terminal MyKad.
  2. Masukkan MyKad ke dalam terminal untuk pengesahan.
  3. Pilih jenis petrol RON95 dan jumlah liter yang diperlukan.
  4. Bayar pada harga subsidi RM1.99 seliter menggunakan Kad Kredit/Debit.
  5. Cetak resit dan semak baki kuota minyak.

Kaedah 2: Pembayaran di kaunter

  1. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  2. Setelah disahkan sebagai penerima BUDI95, bayar jumlah liter yang diinginkan.
  3. Buat bayaran dan semak baki kuota minyak pada resit yang diberikan oleh juruwang.

Kaedah 3: Pembayaran menerusi aplikasi Setel

  1. Buka aplikasi Setel yang didaftarkan dan tetapkan lokasi stesen minyak kamu.
  2. Sahkan akaun menggunakan MyKad bahawa kamu layak menerima BUDI95.
  3. Masukkan nombor pam dan bayar mengikut jumlah liter yang diinginkan secara dalam talian.
  4. Kamu boleh semak baki kuota minyak dalam aplikasi Setel.

Kaedah 4: Pembayaran melalui Touch ‘n Go (TNG) eWallet 

  1. Tambah nilai melalui DuitNow.
  2. Buka BUDI95 di TNG eWallet dan tekan tekan “Buy Fuel”.
  3. Pilih atau sahkan stesen minyak yang dikesan secara automatik (pastikan tetapan lokasi dalam telefon telah diaktifkan).
  4. Masukkan nombor pam dan jumlah liter yang ingin dibeli.
  5. Kod QR akan dipaparkan selepas bayaran dibuat.

Selain daripada itu, kamu juga boleh buat bayaran BUDI95 melalui platform digital lain yang disokong seperti CaltexGo, Shell Go+ dan BHP Mobile.

Untuk maklumat lanjut dan sahih, pembaca MURAI boleh rujuk di https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.

Topik Berkaitan MyKad BUDI95 Disalah Guna? Ini Yang Ramai Rakyat Malaysia Masih Keliru

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
budi madanibudi madani ron95budi95
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara