Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Tak Pernah Risau Apa-Apa Pun” – Siti Nurhaliza Bersuara Enggan Sering Dikaitkan Dengan Acara-Acara Besar

by Aphit J.
December 10, 2023
Share on Facebook

Sebelum ini kecoh di media sosial yang menyatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan lalu.

Peminat Konsert Coldplay Mengatasi Siti Nurhaliza

via Instagram CTDK

Sebelum ini, konsert Music Of The Spheres World Tour kumpulan British itu mencatatkan kehadiran 75,000 penonton, sekali gus mengatasi rekod 19 tahun yang dipegang Siti Nurhaliza dengan 70,000 penonton hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di tempat sama pada 2004.

Bagaimanapun, kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu di SNBJ padaa 8 Disember mencatatkan kehadiran penyokong yang jauh lebih tinggi, iaitu seramai 80,550 orang penonton didaftarkan.

Enggan Terus Dikaitkan Dengan Acara Besar

via Instagram CTDK

Terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan kurang selesa dengan sikap segelintir pihak yang sering mengaitkan dirinya dengan sebarang acara besar diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Siti menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia enggan terus dikaitkan dengan sebarang perkara yang berpotensi mengundang reaksi kurang senang daripada orang ramai.

Uols (kamu semua) ni kan suka tau buat ‘posting’ macam ini. Nanti kalau ada komen-komen saya juga yang kena. Janganlah ya, saya tak pernah risau apa-apa pun

Hantaran dibuat Siti adalah sebagai respon terhadap artikel yang menyatakan bahawa Siti Nurhaliza tak perlu risau, kerana final Piala Malaysia sudah dapat mengatasi Coldplay.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menyelar perbandingan dibuat itu kerana disifatkan tidak adil memandangkan konsert dan perlawanan bola sepak adalah dua acara berbeza.

Video Siti Nurhaliza Di Giant Jadi Perbualan, Netizen Seloroh B40 & M40 Pula ‘Acah Premium’?
coldplaysiti nurhaliza
https://lomp.at/6lqb4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] “Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua…”-Datin Shahida

by Naddy Joe
April 16, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur di atas sokongan orang...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Seth Uwais Sempena Hari Autisme Sedunia, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara