Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Sebulan Lagi! Semua Pelakon Avengers: EndGame Muat Naik Poster Terbaharu

by Khai Azfar
March 27, 2019
Share on Facebook

Semakin teruja! Itulah perasaan yang dapat digambarkan buat peminat setia Avengers, apabila filem yang dikatakan siri terakhir kumpulan adiwira itu menerusi Avengers : EndGame akan ditayangkan kurang dari sebulan.

View this post on Instagram

A post shared by Marvel Entertainment (@marvel)

Pelakon Avengers Muat Naik Poster Terbaharu 

Benar! Malaysia merupakan negara terawal yang akan menayangkan filem ini pada 24 April dan diikuti tayangan serentak seluruh dunia pada 26 April.

View this post on Instagram

A post shared by Chris Hemsworth (@chrishemsworth)

Menambahkan lagi perasaan teruja tersebut, semalam Marvel telah memuat naik poster terbaharu filem ini yang memperlihatkan semua watak-watak yang akan muncul dalam EndGame.

View this post on Instagram

A post shared by Brie Larson (@brielarson)

Malah kesemua pelakon-pelakon yang terbabit seperti Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Patt dan ramai lagi turut memuat naik poster watak mereka di laman sosial masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by Chris Pratt (@prattprattpratt)

View this post on Instagram

A post shared by Tom Holland (@tomholland2013)

Poster Terkandung Petunjuk 

Menariknya lagi mengenai poster tersebut, ianya telah diwarnakan dengan dua versi iaitu versi berwarna dan juga versi hitam putih. Poster tersebut dipercayai merupakan petunjuk besar mengenai watak-watak yang hidup dan juga yang sudah mati. Petunjuk itu ternyata mengejutkan peminat kerana terdapat beberapa watak yang tidak disangka-sangka sebenarnya sudah mati dan ada yang masih hidup.

Kehilangan Shuri Terjawab 

Sebagai contoh kehilangan Shuri (adik kepada Black Panther) sebenarnya turut terhapus dalam ‘sumpahan’ Thanos.

Manakala, Valkyrie (rakan seperjuangan Thor di Asgard), Wong (rakan Dr Strange) dan Happy Hogan (rakan Tony Stark) dan Pepper Potts (kekasih Tony Stark) sebenarnya masih hidup.

Sedar tidak sedar, semakin banyak petunjuk yang dimuatnaik Marvel dan sehingga kini, peminat di Malaysia masih menanti pengumuman sebenar dari pihak pawagam berkenaan tarikh penjualan tiket yang dikhabarkan akan dibuka bila-bila masa dari sekarang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Avengers : End Game
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara