• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Sedih! 8 Iklan Raya Tahun 2018 Yang Mampu Buat Anda Menangis

by Phic ARMAN
June 7, 2018
Share on Facebook

Tahun-tahun sebelum ini kita telah dihidangkan dengan banyak iklan raya dari pelbagai agensi dan syarikat terkemuka yang cukup kreatif. Rata-rata netizen cukup terhibur dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan yang dikeluarkan samaada di TV mahupun di media sosial. Ada yang betul-betul mencuit hati tak kurang juga menyentuh hati.

Tahun ini 2018 juga tidak kurangnya, Semua Syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang mampu menambat hati penonton. Antara iklan Raya yang paling tersentuh hati untuk kami ialah dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Telekung Siti Khadijah & Habib Jewels. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan raya di bawah. Jangan mata masuk habuk pula!

DBKL – Janji Amin

Sebuah iklan raya yang mampu mengundang air mata. Subjek yang agak kliche, di mana seorang anak berkerjaya tetapi meminggirkan ibu sendiri menjelang Raya kerana tidak dapat pulang berhari raya atas tuntutan kerja. Namun berakhir dengan baik, jalan cerita yang penuh elemen drama ternyata menyentuh hati. Kerana subjek kasih sayang ibu memang tak pernah gagal.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=304&v=vKy_Y7Hq1l8

Lazada – Buah Hati Raya

Lazada mempersembahkan kisah Pak Lan yang sudi mengharungi pelbagai cabaran demi kasih sayang untuk isterinya, Mak Ngah.

YouTube video

Habib – Dalam Hati Opah

Iklan Raya HABIB mempersembahkan kisah tentang ketulusan rantaian kasih. Mengisahkan tentang suka duka Amir yang dijaga oleh neneknya yang dipanggil Opah. Bagi membalas jasa neneknya yang membesarkan Amir selama ini. Amir menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat neneknya. Nak tahu? kena tonton sendiri.

YouTube video

Telekung Siti Khadijah 

Video yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi dan Fikry Ibrahim sempena iklan Telekung Siti Khadijah Raya ini penuh dengan permainan emosi. Mengisahkan dilema antara Ruby iaitu isteri Fikry dan ibu mertuanya dilakonkan oleh Fauziah Nawi. Disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza, terjadinya salah faham antara ibu mertuanya dan menantu.

Wany Hasrita Kesal Sikap Individu Merokok Dalam Restoran, Netizen Sokong!

Pengajarannya di sini, sentiasa hormati orang tua lagi-lagi ibu dan bapa. Jaga tutur kata dan jangan malu untuk meminta maaf, selagi mereka masih hidup.

YouTube video

KFC Malaysia – Dendam Adam

Mengisahkan dendam antara adik dan abang yang disampaikan dalam iklan filem pendek yang sayu ini. Iklan ini mengetengahkan tradisi bermaafan yang perlu disemat dalam hati setiap orang supaya hidup diteruskan dengan baik. Sesiapa yang pernah mengalaminya, pasti akan rasa terkesan dengan drama pendek ini.

YouTube video

FMC Music – Harapan Syawal

Sebuah drama raya pendek dibawa khas oleh FMC Music yang di bintangi oleh artis-artis FMC seperti, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Tajul, Sissy Imann, Wani, Muna Shahirah, Afieq Shazwan, Haziq Putera Band & Fareez Fauzi.  Iklan ini mengisahkan seorang ibu yang dilakonkan oleh Norlia Ghani yang sentiasa menanti kepulangan anaknya, Haqiem di Hari Raya. Siapa sangkan Haqiem dapat menjiwai wataknya dengan baik sekali sehingga boleh mengundang air mata.

YouTube video

Digi – #nawaitu

Diinspirasi daripada kisah benar Coach Nidzam. Watak Nidzam dipegak oleh pelakon hebat Azhan Rani dengan usahanya membawa pasukan mudanya menuju ke pentas kegemilangan. Namun salah seorang pemain sering menimbulkan masalah dan wujudnya perselisihan faham. Apakah kesudahannya? Anda boleh tonton sendiri, memang sedih!

YouTube video

MstarOnline – Raya Chin

Kumpulan Media Star (SMG) tidak ketinggalan memeriahkan dunia digital dengan iklan raya bertemakan kemanusiaan. Menerusi Raya Chin iklan berdurasi lebih empat minit itu mengetengahkan budaya judgement yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Watak Chin iaitu seorang ketua yang tegas dalam satu unit di sebuah syarikat lakonan Pauline Tan berjaya menjentik emosi penonton yang kebanyakkan pernah berhadapan situasi sama.

[VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah'
YouTube video
Afieq ShazwanDBKLhaqiem rusliHaziq Putera Band & Fareez Fiklan rayaiklan raya 2018iklan raya terbaik 2018KFC malaysialazadaMuna ShahirahSissy Imanntajultelekung siti khadijahwaniwany hasrita
https://lomp.at/ida81
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore