Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Selain Azar Azmi, 5 Artis Malaysia Ini Popular Kerana Dibayangi Watak Pelacur

by Zaidin Albert
April 26, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Untuk menjadi seorang pelakon yang hebat sebaik-baiknya tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu peranan sahaja sebaliknya perlu mempelbagaikan watak untuk bergelar seorang aktres yang berkebolehan.

Seperti pelakon-pelakon wanita pilihan murai.my, mereka semakin dikenali dengan watak-watak yang bukan tipikal. Watak pelacur sememangnya sangat berat dan agak menakutkan, namun mereka mampu menjiwai watak tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ABOS (@azarazmi)

Selain pelakon Azar Azmi yang menjadi buah mulut netizen gara-gara wataknya sebagai pelacur menerusi drama rantaian Nur 2, ramai lagi pelakon hebat yang berjaya membawa watak ini. Lihat 5 aktres ini yang popular kerana sentiasa dibayangi watak seorang pelacur.

Fathia Latiff ( DARAH PANAS – 2015 )

Pelakon muda ini yang semakin meningkat naik ini pernah memegang watak sebagai pelacur dalam filem berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal. Keberanian Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana itu menggemparkan industri perfileman Melayu, namun aksi ghairah itu hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’.

YouTube video

Nasha Aziz ( 1998 )

Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, dia mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina. Nasha terus mengembangkan nama sebagai peragawati terkenal tanah air hingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.

Pada 1998 Nasha menerima tawaran daripada pengarah Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah aktres Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi.

https://www.youtube.com/watch?v=eT_a6s5PNGo

Bagi pandangan murai.my, Filem tersebut nyata memberi tuah kepada Nasha apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut.

Sharifah Armani ( REDEMPTION NIGHT – 2012 )

Sharifah Armani atau lebih mesra dipanggil Nani membintangi dalam filem Redemption Night rentetan daripada projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Watak yang dipegang oleh anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar itu sangat mencabar sebab dia memegang watak sebagai pelacur.

Melalui trailer ‘Redemption Night’ yang telah dikeluarkan di YouTube, murai.my dapat boleh cakap Nani sangat berkarakter membawakan watak gadis pelacur. Tak dapat disangkal lagi, Amani memang seorang pelakon yang hebat dan berani membawakan watak-watak yang bukan tipikal.

YouTube video

Maya Karin ( OMBAK RINDU- 2011 )

Siapa yang tak kenal dengan Filem Ombak Rindu yang mencentuskan fenomena dalam dunia perfileman. Maya Karin yang memegang watak sebagai Izah sangat memberi impak dalam keseluruhan filem ini. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

YouTube video

Semestinya watak yang dibawa oleh Maya Karin sangat berkesan selepas bergelar pelacur dalam filem itu. Manakan tidak, banyak video parody meniru babak yang dilakonkan oleh Maya Karin.

Lana Nordin ( CHOW KIT -2012 )

Chow Kit merupakan sebuah filem aksi Malaysia pada tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Nam Ron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.

Lana Nordin memegang watak sebagai pelacur yang tinggal di lorong Chow Kit bersama seorang adiknya. Dalam filem tersebut, watak yang dibawa oleh Lana Nordin sememangnya nampak ‘real’ dan dia sangat baik dalam menjiwai watak tersebut.

YouTube video
Awie Minta Amy Search Jelaskan Isu Kontroversi, Penat Namanya Terpalit
artis malaysiaawiechow kit filemdarah panasfathia latifffilem barafilem ombak rindulana nordinmaya karinnasha azizpelacur dalam filemsharifah armaniwatak pelacurwatak pelacur filem
https://lomp.at/5xilt
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara