Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Selamat Tinggal! Sony Umum Spider-Man Bukan Lagi Milik Marvel

by Khai Azfar
August 21, 2019
Share on Facebook

Mengejutkan! Itulah yang perasaan peminat-peminat Spider-Man apabila mendapat tahu berita yang menyedihkan pagi ini yang mana Spider-Man dikatakan tidak lagi bersama Marvel Cinematic Universe (MCU)

Spider-Man Tidak Lagi Bersama Marvel 

Ini kerana, menurut sumber antarabangsa Presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige telah memaklumkan penarikan filem akan datang Spider-Man berikutan terdapat isu hak milik watak tersebut dengan pihak Sony. Ini bermakna segala apa yang kita lihat di dalam filem Spider-Man : Far From Home sebelum ini termasuklah post credit akan datang mungkin akan berakhir disitu sahaja dan barangkali itu adalah filem terakhir Spider-Man bersama Marvel .

Keuntungan Jadi Punca Perbalahan 

Dalam sumber lain, antara isu yang dilaporkan adalah mengenai perbalahan hasil pendapatan filem Spider-Man sebelum ini. Yang mana pihak Disney yang juga ‘parent company’ Marvel telah berunding untuk membahagikan pendapatan tersebut secara 50-50 antara Disney dan Sony.

Sebelum ini Far From Home telah mencapai lebih dari $1 billion kutipan box-office. Namun terdapat ura-ura mengatakan pihak Sony mendapat keuntungan lebih menerusi filem itu. Di situ, pihak Disney telah telah meminta hak mereka yang selebihnya kerana berasakan Avengers : End Game antara penyumbang kejayaan filem itu namun tidak dipersetujui oleh Sony sehingga munculnya isu ini.

Yakin Akan Berjaya Tanpa Marvel 

Dalam perkembangan lain, pihak Sony berasakan gabungan pasukan kreatif pengarah dua filem Spider-Man sebelum ini iaitu Jon Watts dan Amy Pascal serta pelakon itu sendiri iaitu Tom Holland sudah cukup untuk menaikkan nama Spider-Man tanpa penglibatan Kevin di Marvel. Sehingga kini di laman sosial, peminat meluahkan rasa sedih mereka serta #SaveSpiderman turut tular.

Marvel StudiossonySpidermanSpiderman Keluar Marvel
https://lomp.at/taeg0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara