• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Selamat Tinggal Superman! Henry Cavill Akhiri Watak Adiwira

by Khai Azfar
September 18, 2018
Share on Facebook

Berita sedih untuk peminat setia Superman, kerana DC Comics baru sahaja mengumumkan satu berita yang agak mengejutkan buat rangkaian watak adiwira itu yang sekian lama ditayangkan sebelum ini.

Tiada Lagi Henry Sebagai Superman

Bukan sahaja Superman, malah pelakon yang sinonim dengan watak Superman, Henry Cavill juga dikhabarkan tidak lagi memegang watak adiwira tersebut pada masa akan datang. Henry mula menyarungkan sut Superman pada 2013 menerusi Man of Steel dan kemudiannya membintangi Batman VS Superman: Dawn of Justice pada 2016 dan tahun lepas muncul dalam Justice League.

Meskipun begitu, Justice League bukanlah kemunculan terakhir Henry kerana dia bakal membuat kemunculan istimewa dalam filem DC akan datang, Shazam! yang dijadualkan tayangannya pada 5 April 2019.

Beri Laluan Untuk Filem Supergirl

Meskipun begitu, watak Superman bukanlah dimatikan untuk selama-lamanya.Ini kerana DC dan juga Warners kini ingin memfokuskan pada filem Supergirl yang akan memaparkan kisah sebenar gadis luar biasa ini yang turut mempunyai pertalian darah dengan Superman.

Jika benar mengikut jalan ceritanya, Superman atau Kal-El pada kisah hidup Supergirl masih lagi kecil. Selain filem Supergirl, tiga adiwira akan muncul dalam filem mereka tersendiri tidak lama lagi bermula dengan Aquaman, The Flash dan filem kedua Wonder Woman. Barangkali kita akan melihat Superman muncul semula dalam 5 tahun akan datang. Siapakah yang sesuai untuk menggantikan Henry sebagai Superman?

DC ComicsHenry CavillHenry Cavill Supermansuperman
https://lomp.at/1f0im
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Foto - @kumailn (IG) / @michelleobama (IG)
Hollywood

Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Michelle Obama, Bintang ‘Marvel’ Ini Buka Mulut

by Nurul A.
December 29, 2025

Tiada siapa sangka, dalam diam pelakon Kumail Najiani didakwa mempunyai hubungan sulit dengan bekas First Lady Amerika Syarikat, Michelle Obama....

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

‘Target’ Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya

by Nurul A.
December 31, 2025

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore