Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas 2 Tahun, Akhirnya Ernie Zakri Lancar ‘Sinar Mata Hati’

by Khai Azfar
February 4, 2021
Share on Facebook

Ketika drama bersiri Suri Katriana yang ditayangkan di saluran Astro Prima sekitar Oktober 2019, ramai tertanya-tanya terutama dalam kalangan peminat mengenai lagu tema nyanyian Ernie Zakri yang turut menjadi pelakon utama drama itu.

Dilancarkan Esok

Menariknya, peminat yang ingin mendengar lagu ‘Sinar Mata Hati’ perlu menonton drama itu sehingga ke episod terakhir kerana ketika itu ia belum dilancarkan secara rasmi di platform muzik digital. Kini, selepas dua tahun, lagu ciptaan Halen Yap dan lirik oleh Roslen Fadzil itu akhirnya akan dilancarkan secara rasmi esok (Jumaat) sekali gus merealisasikan impian peminat.

Bukan itu sahaja, buah tangan terbaharu daripada Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri yang diterbitkan syarikat rakaman Universal Music Malaysia itu dihadirkan dengan lirik video rasmi ‘Sinar Mata Hati’ yang akan turut ditayangkan jam 9 malam esok di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Gembira Lancar Single Baharu

Menurut Ernie yang juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) berkata, dia berasa gembira kerana lagu ‘Sinar Mata Hati’ itu dapat diperdengarkan kepada umum.

“Lagu ‘Sinar Mata Hati’ adalah projek yang agak lama juga. Apabila dengar ia dapat dilancarkan secara rasmi kepada peminat, saya berasa sangat gembira sebab mereka menantikan lagu ini menjadi single saya juga.

“Apa boleh dikatakan, ini masa terbaik lagu ‘Sinar Mata Hati’ ini dilancarkan. Harapan saya bukan saja ia diterima baik, tapi menjadi bualan, siulan dan dendangan pendengar yang sentiasa menantikan lagu saya. Alhamdulillah, lagu ini sudah menjadi senarai lagu saya juga.

“Buat masa sekarang lagu ‘Sinar Mata Hati’ ini hadir dengan video lirik dahulu. Video muzik belum ada perancangan nak buat bila. Ditambah pula sekarang masih tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi saya percaya akan dapat buat juga nanti. Insya Allah, akan datang,” katanya kepada edaran pihak Murai.my

Pertama Kali Bekerjasama Dengan Halen Dan Roslen

Berkongsi mengenai perjalanan dan proses menghasilkan lagu ‘Sinar Mata Hati’, Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik pada AJL 32 berkata, lagu itu sememangnya mencabar dari segi penghayatan dan emosi. Namun, Ernie yang pertama kali bekerjasama dengan Halen dan Roslen mengakui bertuah kerana dapat menyanyikan lagu ciptaan mereka.

“Bagi proses menghasilkan lagu ‘Sinar Mata Hati’ boleh diberikan kredit kepada komposer dan penulis lirik. Dalam masa sama, perjalanan rakaman lagu pula amat mudah sebab mendapat kerjasama baik daripada mereka.

“Saya pernah berkerjasama dengan Halen Yap, tapi bukan dalam studio. Selalu kalau dia menjadi pengarah muzik untuk program. Dengan Abang Slen pula ini kerjasama pertama kami. Proses rakaman lagu juga cukup mudah apatah lagi ketika itu saya juga sibuk menjalani penggambaran drama Suri Katriana dan dalam masa sama kena merakamkan lagu ini.

“Apa boleh dikatakan, ia pengalaman sangat berharga. Lagu ini agak mencabar. Walaupun tidak bernada tinggi atau memerlukan teknik vokal yang susah, tapi lebih kepada emosi yang agak berat. Bagi saya itu satu cabaran juga,” katanya lagi

Bercerita mengenai lagu ‘Sinar Mata Hati’, menurut Ernie dia tertarik pada bahagian korus lagu yang dianggap sangat bermakna dalam kehidupan semua orang.

“Lagu ‘Sinar Mata Hati’ adalah lagu tema drama lakonan saya iaitu Suri Katriana. Ini adalah drama pertama lakonan saya dan membawakan watak Suri. Ketika menjadi Suri, dia seorang gadis lemah lembut.

“Sama seperti dalam drama, lirik lagu ini juga menceritakan bagaimana ia penuh dengan dendam. Dia tahu dirinya salah, tapi tetap berdendam. Begitu juga dalam lirik lagu ini. Saya tertarik dengan korus, walaupun dia melakukan kesalahan tapi dia minta maaf. Cuma hatinya penuh dendam. Ini sedikit sebanyak mengenai lagu ini. Paling menarik saya berlakon dalam cerita ini dan menyanyikan sendiri lagu tema,” kongsi Ernie.

‘Sinar Mata Hati’ bakal tersedia di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu! Empat Live in Kuala Lumpur 2025: Konsert Bersejarah Empat Vokal Unggul Negara
ernie zakri
https://lomp.at/5ogqm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara