Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Semi Final Muzik-Muzik 34: Penyanyi Lelaki Bakal Bawakan Anta Permana?

by Khai Azfar
November 21, 2019
Share on Facebook

Ramai yang teruja untuk menantikan siapakah yang bakal membawakan lagu Anta Permana oleh Dato Sri Siti Nurhaliza dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 Jumaat ini. Manakan tidak, selepas mengumumkan pengundurannya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), lagu dendangannya sekali lagi tercalon namun penyanyi tersohor itu masih dengan pegangannya untuk tidak lagi bertanding.

Anta Permana Versi Lelaki 

Justeru itu, penggantinya masih lagi menjadi spekulasi ramai peminat. Jika sebelum ini Liza Hanim, Ernie Zakri, Dayang Nurfaizah dan komposer Anta Permana sendiri, Hael Husaini dikatakan antara calon yang sesuai untuk bawakan lagu itu, kini muncul pula spekulasi terbaru mengatakan lagu tersebut bakal dinyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki.

Menerusi sumber terdekat, lagu itu akan dibawakan oleh seorang penyanyi lelaki yang mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian. Malah gemersik suaranya yang merdu antara faktor dia telah dipilih.

Bob Bakal Ganti Siti? 

Biarpun penyanyi tersebut masih lagi menjadi teka-teki, namun ada yang meneka bahawa bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Bob Yusof atau juga dikenali sebagai Bob Mesra bakal menggalas tanggungjawab tersebut.

Sebelum ini Bob pernah membawakan lagu Anta Permana dalam persembahannya dan turut dipuji ramai peminat. Dalam petikan sebuah sumber, Bob turut akui dengan spekulasi daripada peminat namun sedia untuk menyanyikan lagu itu sekiranya dipilih.

https://youtu.be/vTU25bKJoe0

Menguatkan lagi spekulasi berkenaan pihak pengurusan Universal Music sebelum ini masih mencari penyanyi yang sesuai untuk menggantikan tempat Siti dan antara kriteria yang diinginkan mereka adalah penyanyi lelaki dan bukan daripada kalangan artis baharu. Apa pun, segalanya bakal terjawab 15 November ini!

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini
anta permanabob anta permanaBob Yusof
https://lomp.at/zf7rb
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara