Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Setiap Tahun Sambut, Tetapi Tahukah Anda Pantang Larang Untuk Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban?

by Puteri Alia
May 31, 2024
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Ibadah korban adalah salah satu amalan yang sangat mulia dalam Islam, dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT dan mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

Namun, bagi mereka yang terlibat dalam ibadah ini, terdapat beberapa pantang larang yang sewajarnya dipatuhi. Pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu diambil kira oleh peserta ibadah korban.

Larangan Memotong Kuku dan Rambut

Menurut Ustaz Wan Akashah, peserta ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut, atau bulu badan apabila masuknya 1 Zulhijah hingga haiwan korban masing-masing disembelih sepanjang empat hari Aidiladha. Larangan ini termasuk bulu-bulu di muka seperti misai dan jambang serta bulu pada badan seperti bulu kaki.

Beliau menyatakan bahawa perkara ini bukanlah larangan mutlak yang membawa hukum haram, tetapi lebih kepada sunat, yakni perbuatan yang sangat dianjurkan untuk dilakukan. Fakta ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim:

“Sesiapa yang memiliki haiwan korban untuk disembelih, apabila kelihatan anak bulan Zulhijah, maka janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyatakan bahawa makruh untuk memotong kuku atau rambut pada tempoh berkenaan.

Makruh yang dimaksudkan adalah makruh tanzih, iaitu perbuatan terlarang tanpa dosa yang menyalahi adab dan lebih baik ditinggalkan.

Imam An-Nawawi menyatakan bahawa ini supaya segala anggota badan kita itu semuanya akan bebas daripada api neraka.

Menjaga Anggota Badan

Ustaz Wan Akashah menekankan bahawa apabila kita berniat korban, peliharalah seluruh tubuh kita dengan sebaiknya. Jika ada bulu tercabut secara tidak sengaja, perkara itu dimaafkan dan tidak perlu disimpan.

“Ingatlah, janganlah kita buat ibadah korban sehingga menyusahkan diri sendiri (simpan kuku atau bulu yang tercabut sehingga haiwan korban kita disembelih). Cukuplah kita jaga sekadar kemampuan kita sahaja,” katanya.

Upah Tukang Sembelih

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa orang yang melakukan ibadah korban dilarang mengupah daging korban kepada tukang sembelih.

Sekiranya mereka hendak memberikan upah, gunakanlah duit lain, bukannya daripada daging korban.

Tukang sembelih boleh mengambil daging korban tersebut asalkan ia bukan sebagai upah tetapi atas dasar dirinya merupakan ahli kariah yang sememangnya termasuk sebagai penerima agihan daging korban.

Dalam agihan daging korban, sebaik-baiknya satu pertiga diambil oleh individu yang menyertai ibadah tersebut, manakala baki satu pertiga lagi masing-masing perlu dipastikan sampai kepada fakir miskin atau orang ramai secara adil.

Ibadah Korban dan Akikah

Ustaz Wan Akashah juga menjelaskan bahawa kita dibolehkan untuk melakukan ibadah korban dan akikah dengan melibatkan seekor haiwan seperti unta atau lembu yang mempunyai masing-masing tujuh bahagian.

Misalnya, seseorang boleh buat dua bahagian untuk akikah dan lima bahagian lagi untuk ibadah korban. Namun, apa yang tidak dibenarkan adalah menggabungkan niat untuk melakukan akikah dan korban pada bahagian yang sama, kerana kedua-duanya adalah ibadah yang berbeza.

Adab dan Amalan Sunat dalam Ibadah Korban

Kita disunatkan menggunakan pisau tajam ketika menyembelih haiwan korban dan tidak menakut-nakutkan binatang dengan menunjukkan bilah tajam tersebut.

Selain itu, mereka yang berniat untuk melakukan ibadah korban disunatkan berpuasa bermula 1 hingga 9 Zulhijah, terutamanya pada hari Arafah (9 Zulhijah).

Hari Arafah adalah masa yang baik dan mustajab untuk berdoa, lebih-lebih lagi bagi individu yang berpuasa pada hari berkenaan.

“Selain itu, banyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir, memuji ALLAH SWT dan bersedekah di samping tidak melakukan maksiat,” tambahnya.

Ibadah korban adalah satu amalan yang sangat disyorkan dalam Islam. Dengan memahami dan mematuhi pantang larang serta adab yang ditetapkan, kita dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati oleh-Nya.

hari raya aidil adhahari raya korbankorban lembu
https://lomp.at/gb3j3
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore