Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Shopping Mall di KL Semakin Sesak? Apa Kata ‘Explore’ 7 Lokasi Membeli Belah Di Selangor Ini Untuk Persiapan Aidilfitri

by Phic ARMAN
April 25, 2022
Share on Facebook

Masa untuk membeli-belah telah tiba – ianya satu perkara yang sering dilakukan sempena bulan Syawal yang menjelang tiba. Negeri Selangor yang terkenal sebagai syurga beli-belah merupakan destinasi terbaik bagi mendapatkan barangan keperluan lebaran anda seperti hiasan rumah dan tentunya baju raya!

Terdapat pelbagai jualan, diskaun dan promosi yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada penduduk setempat pada musim perayaan tahun ini. #PusingSelangorDulu ke 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi memeriahkan lebaran anda!

Kompleks PKNS Shah Alam

sdr_HDRB

Kompleks PKNS Shah Alam merupakan sebuah Pusat Beli-belah yang terkenal di Shah Alam dan masyarakat sekitar. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah dan menjamu selera. Sebagai Pusat beli-belah pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan yang juga menjimatkan kos. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, kedai elektronik dan mudah alih, dan lain-lain. Tentunya ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk anda berbelanja!

Alamat : Persiaran Tasik, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor.

SACC Mall, Shah Alam

SACC Mall, terletak di Pusat Bandar Shah Alam adalah sebuah ‘Neighbourhood Mall’ yang membawa kelainan yang tersendiri. Melangkah ke dalam Pusat Beli-belah ini pasti memberikan keseronokan untuk seisi keluarga. Ia adalah syurga membeli-belah di mana jenama tempatan dan antarabangsa banyak ditawarkan di sini.

SACC Mall ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pembeli, dengan gabungan kedai yang menarik yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama. Terdapat juga pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan domestik dan antarabangsa untuk anda menikmati hidangan selepas seharian membeli-belah!

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

Alamat : Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Bangi Sentral

Bangi Central ialah sebuah Pusat Beli-belah yang terletak di Bandar Baru Bangi. Hab perniagaan ini terkenal sebagai pusat perniagaan di Bandar ini yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan. Dalam 80-unit kedai di sini, kebanyakannya adalah restoran dan butik fesyen! Majoriti perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan juga boleh didapati di kawasan ini.

Alamat : Jalan Medan Pusat Bandar 6A 43650 Bangi, Selangor.

GM Klang Wholesale City

GM Klang Wholesale City mempunyai lebih 2,500 kedai, menyediakan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. Ianya juga sebuah pusat perdagangan serantau, dengan deretan restoran dan kedai makan, serta dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini! GM Klang Wholesale City menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori IT, mainan, dan banyak lagi. Satu lagi komponen khusus di sini ialah Zon Jenama Malaysia; sebuah presint yang direka dengan cantik yang mempamerkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan.

Alamat: GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital 41200 Klang, Selangor.

Melawati Mall

Pusat Beli-belah gaya hidup seluas 620,000 kaki persegi, dengan lebih 200 kedai runcit tersebar di lapan tingkat tingkat runcit dan 1,900 tempat letak kereta ini menjadi destinasi membeli-belah yang popular saban tahun. Ianya menyediakan gabungan ideal fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan, konsep rumah dan gaya hidup serta pilihan tempat makan yang pelbagai.

Pelbagai jenama utama di Pusat Beli-belah ini telah disusun rapi untuk memberikan
pengunjung sebuah pengalaman beli-belah, hiburan serta seleksi makanan yang terbaik.

BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

Alamat: Melawati Mall, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur, Selangor.

Seksyen 7, Shah Alam

Fesyen Muslimah semakin popular, dan koleksi busana Muslimah sering mendapat sambutan para penggemar fesyen Muslimah dan orang ramai. Seksyen 7, Shah Alam menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenama dan butik fesyen menjual fesyen
Muslimah yang menawan dan berkualiti tinggi seperti jenama Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi. Penggemar fesyen Muslimah pasti rambang mata apabila berkunjung ke sini!

Alamat : Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

The Curve. Mutiara Damansara

Lebih 200 perniagaan runcit dan 60 perniagaan makanan tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. Terdapat banyak pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan kanak-kanak, buku, kelengkapan rumah, barang kemas, aksesori, serta outlet makanan dan minuman. The Curve ialah tempat permulaan membeli-belah sehenti anda, dengan pilihan butik fesyen moden, deretan gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan, serta pembekal kelengkapan rumah bagi mempersiapkan anda untuk musim lebaran ini!

Alamat : 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Bawa keluarga anda ke membeli-belah di 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi mendapatkan barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri anda, dalam penuh keselesaan. Dari baju raya, barangan kelengkapan rumah, perkhidmatan penjagaan diri, aksesori, sehingga ke biskut raya boleh didapati kesemuanya di satu lokasi sahaja! Tentunya ia menjimatkan masa anda sekeluarga! Jadi apa tunggu lagi? #PusingSelangorDulu bersempena musim lebaran ini, namun jangan lupa mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan bersama!

Anda juga boleh layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk sebarang informasi lanjut mengenai sector pelancongan Negeri Selangor

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal
selangor
https://lomp.at/17kxw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Hotel

Kontroversi Rain Rave 2026 di Bukit Bintang Makin Hangat, Tapi Ada Manfaat Ramai Tak Nampak

by Phic ARMAN
April 29, 2026

Nama Rain Rave Water Music Festival 2026 memang makin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ada yang teruja nak join, ada...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara