Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Berkat Nama Ibu, Kedai Emas Salamah Terus ‘Bersinar’, Kini Tembus Ampang!

by Phic ARMAN
May 7, 2026
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila sebut tentang kasih ibu, memang tak ternilai dengan apa pun. Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba, kisah Kedai Emas Salamah ini memang ada sentuhan emosi tersendiri bukan sekadar bisnes, tetapi sebuah penghargaan yang diabadikan melalui nama insan paling bermakna dalam hidup pemiliknya.

Mengambil inspirasi daripada nama ibu tercinta, Kedai Emas Salamah bukan sahaja membawa identiti klasik dan kemelayuan, malah menjadi simbol tuah dan doa seorang ibu yang kini membuahkan hasil cukup membanggakan. Dari sebuah permulaan sebagai pembekal emas sejak tahun 2012, jenama ini kini semakin kukuh dalam industri apabila bakal membuka cawangan ketiga di Galaxy Ampang, Selangor.

Bakal Kembangkan Sayap

Pembukaan ini menyusul selepas kejayaan dua cawangan terdahulu di Medan Gopeng, Perak dan Kajang. Lebih menarik, langkah membuka kedai fizikal yang bermula sekitar empat tahun lalu ternyata menjadi turning point penting dalam perkembangan perniagaan ini.

Menurut Pengurus Kedai Emas Salamah cawangan Ampang, Mohd Bukri bin Osman, majlis pembukaan rasmi dijadualkan berlangsung pada 9 Mei ini  cukup simbolik kerana berdekatan dengan sambutan Hari Ibu.

“Majlis perasmian itu nanti diserikan dengan pelbagai acara menarik. Antaranya pameran kereta dan motosikal mewah seperti Lamborghini pelbagai model serta Ducati. Pengunjung juga boleh bergambar OOTD dan kongsi di media sosial,” katanya.

Bukan itu sahaja, suasana turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak  memang mesra keluarga habis!

Topik Berkaitan Puncak Alam Ada Taman Secantik Ini? Dragonfly Park @ Eco Grandeur Buat Ramai Terkejut Dengan Keindahannya

Dalam masa sama, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah. Bagi pelanggan yang membeli emas minimum RM1000, peluang untuk membawa pulang gold bar 10 gram memang terbuka luas. Yang datang tanpa membeli pun tak pulang tangan kosong, kerana masih berpeluang memenangi hamper menarik.

Lebih menarik, cabutan bertuah ini bukan sekadar sehari  malah berlangsung sepanjang tahun dengan pembelian minimum RM2500, di mana hadiah ditawarkan termasuk pakej umrah.

“Konsep kami adalah layanan mesra untuk semua. Selain harga trade-in tinggi, kami juga tawarkan ‘harga kasih sayang’ untuk koleksi baharu, termasuk emas prelove dan kos upah yang berpatutan,” tambahnya lagi.

Dengan tagline “Legasi Kemewahan”, Kedai Emas Salamah tampil dengan pelbagai koleksi menarik seperti emas Marissa, Cecilia dan rekaan moden yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sasaran mereka? Bukan biasa-biasa  sehingga 2 kilogram emas dijangka terjual sepanjang hari pembukaan!

Majlis ini akan berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Jadi, buat anda yang nak cari hadiah istimewa untuk ibu tersayang, mungkin inilah peluang terbaik  bukan sekadar beli emas, tapi juga bawa pulang sebuah simbol kasih yang kekal selamanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy AmpangKedai Emas SalamahMohd Bukri bin Osmanselangor
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan!

by Phic ARMAN
August 13, 2026

Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu? Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

“Sangat Gah”- Hael Husaini & Siti Nurhaliza Puji TV Sarawak, Jaga Kebajikan Artis di AIM25

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar pujian selepas sesuatu majlis selesai, AIM25 nampaknya menerima pujian bukan sahaja kerana kemeriahannya, tetapi...

Read moreDetails
LifeXplore

Hatta Dolmat Cipta Sejarah! “Lukisan” Kini Berjalan Di Pentas, Raih Rekod MBOR

by Phic ARMAN
August 10, 2026

Kalau selama ini kita biasa tengok lukisan tergantung cantik di dinding, apa pula jadi kalau lukisan itu tiba-tiba berjalan di...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
LifeXplore

Jam Tangan Kini Boleh Jadi ‘Health Buddy’ Dengan Galaxy Watch9

by Phic ARMAN
August 6, 2026

Kalau dulu jam pintar sekadar kira langkah dan tunjuk notifikasi, sekarang lain cerita. Samsung tampil dengan Galaxy Watch9 yang bukan...

Read moreDetails
LifeXplore

REDMAGIC Astra 2 Rasmi Di Malaysia, Tablet Gaming 185Hz Pada Harga Bermula RM3,599

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Kalau anda jenis gamer yang boleh duduk berjam-jam depan skrin, isu seperti tablet panas, frame rate tak stabil atau bateri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara