Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shuib Akui Sering Menangis Terkenangkan Siti Sarah

Shuib juga mendedahkan masih belum pernah mimpikan arwah isterinya

by Khai Azfar
November 17, 2021
245
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam (16 Oktober 2021) genap 100 hari pemergian penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib.

Adakan Majlis Tahlil & Aqiqah Anak 

Di kesempatan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37 bukan sahaja telah mengadakan majlis tahlil buat Sarah malah turut melangsungkan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan, 3 bulan yang diadakan di dewan tempat tinggal mereka.

Menurut Shuib, sejak kehilangan isteri tercinta pada 9 Ogos lalu, dia akui emosinya sering terganggu malah adakalanya sering menangis apabila teringatkan figura istimewa itu.

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya seperti dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” kata Shuib kepada media

Shuib Hilang Selera Makan 

Dalam masa sama, Shuib juga mendedahkan masih belum pernah mimpikan arwah isterinya dan dalam masa yang sama hilang selera makan sejak pemergian Allahyarhamah.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,”

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat serta para media.

Baby Bump Watie Tular, Netizen Dakwa Shuib Bakal Timang Anak Kelima?
shuibsiti sarah
https://lomp.at/cx4oi
Share98Tweet61SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem