• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Shuk Sahar Buka Kafe Minuman, Nafi Tiru Jenama Terkenal

by Khai Azfar
April 7, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun pernah dikecam dan dicemuh sebelum ini berikutan terpalit dengan pelbagai kontroversi tular, pelawak dan bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar enggan menjadikannya sebagai titik noktah dalam mencari rezeki.

Shuk Buka Kafe

Komited untuk terus memandang ke hadapan, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammad Sahar, 35, kini lebih selesa meletakkan fokusnya dalam bidang perniagaan menerusi pembukaan Semooth Cafe yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Menurut Shuk, idea untuk menghasilkan kafe ini sebenarnya sudah lama dan memandangkan secara kebetulan kini sudah tidak lagi terikat dengan komitmen sebagai penyampai radio, ini adalah waktu yang sesuai untuk dia beralih tumpu pada impian yang satu ini.

“Ada cerita di sebalik nama kafe ini sebenarnya. Semasa sedang duduk berbincang dengan pasukan saya, macam-macam nama yang kami cuba beri untuk disesuaikan dan dijadikan satu jenama.

“Tetapi semua nama itu serba tidak kena. Sehinggalah satu hari, semasa di rumah, saya ternampak sekumpulan semut. Kemudian terus dapat ilham untuk menjenamakan kedai sebagai Semooth Cafe,”katanya dalam kenyataan pada Murai.my

Nafi Tiru Jenama Lain 

Nafi cuba meniru jenama terkenal, jelas Shuk,kafe nya lebih memfokus kepada jualan minuman tular yang mengikuti trend semasa namun yakin berbeza daripada mana-mana pengalaman minuman yang pernah ramai nikmati.

“Mungkin akan ada yang kata Semooth Cafe seolah-olah meniru jenama minuman terkemuka yang lain. Perkara itu tidak benar kerana setiap minuman yang dihasilkan di sini memang berbeza.

“Antara yang istimewa di sini ialah Vanilla Salted Caramel Smoothies, Chocolate Kinder Joy Smoothies dan Strawberry Pavlova Drinks.

“Tetapi kami ada banyak lagi produk minuman kraf yang disediakan di Semooth Cafe. Semuanya pasti mengena dengan selera dan pilihan penggemar minuman manis,”katanya lagi

Menariknya, segala produk minuman di kafe ini tidak menggunakan gula kecuali gula gantian sebagai bahan utamanya demi memberikan yang terbaik buat pelanggan.

“Kau Nak Saman Aku? Silakan” – Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah & Tindakan Undang-Undang

Taja 5 Pelanggan Seumur Hidup

Dalam pada itu, sempena pembukaan sulung Semooth Cafe, Shuk juga ingin berkongsi rezeki dengan individu bertuah yang mengunjungi kafe tersebut.

Buat lima pelanggan bertuah, lima Golden Voucher akan diberikan buat mana-mana individu terpilih yang akan menerima hadiah berupa tajaan seumur hidup daripada Shuk.

“Ini bukan main-main. Memang saya betul-betul nak taja hidup orang. Mana-mana lima pelanggan bertuah, akan saya taja mereka makan dan minum di Semooth Cafe.

“Bukan sekali atau dua kali, tetapi tajaan buat seumur hidup mereka! Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dengan peminat atau pelanggan yang selama ini menyokong kerjaya saya dari awal sehingga sekarang.

“Mungkin ada yang anggap ini satu gurauan atau mustahil. Tetapi, siapa tahu mungkin memang ada orang di luar sana yang melihat ini satu peluang yang baik untuk menikmati makanan dan minuman sedap seumur hidup? Saya sudi sahaja untuk taja mereka,”kongsi shuk

Kongsi Shuk, dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan makanan dan minuman (F&B) menerusi usahanya membuka kedai Kuey Tiaw Sup Papa Shuk di Denai Alam, Shah Alam sebelum ini.

Namun, dalam masa yang sama, dia juga menyimpan hasrat untuk membuka sebuah kafe berkonsep yang menyediakan pelbagai sajian minuman yang berbeza dan menarik daripada yang sedia ada dalam pasaran.

Semooth CafeShuk Sahar
https://lomp.at/qaeu4
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

by Naddy Joe
October 1, 2025

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
Screenshot
Gossip

[VIDEO] Zarina Anjoulie Beri Keterangan Kepada MCMC, Cetus Teguran & Nasihat Netizen!

Pelakon, Zarina Anjoulie sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dikatakan terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama lelaki yang...

Read more
by Naddy Joe
August 27, 2025
Gossip

“Sumpah Turn Off Gila, Sorry Anju, Unfollow Done”- Peminat Naik Hantu Dengan Zarina Anjoulie

Murai rasa, nama Zarina Anjoulie ini memang tak pernah lekang dari kontroversi. Ada je benda yang jadi bualan bila sebut...

Read more
by Zaidin Albert
August 18, 2025
Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

  2. 2

    [VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Qadejah ‘Bodek’ Aliff Syukri Beli Emas, Buatkan Netizen Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Aksi Lina Pom Pom Tiarap Di Kaunter Untuk Bayar!

  5. 5

    Bekas Adik Ipar Gelar Nubhan Dengan Gelaran ‘Lelaki Pondan’! Dedah Sikap Sebenar Penyanyi Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem