Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Letexier Dianggap Rasis, Peminat Bola Bongkar Kisah Silam Pengadil Argentina vs Mesir

by Phic ARMAN
July 8, 2026
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama pengadil dari Perancis, François Letexier, kembali menjadi bualan peminat bola sepak selepas mengendalikan aksi Argentina menentang Mesir. Keputusan membatalkan jaringan Mesir dalam perlawanan itu mencetuskan pelbagai reaksi, malah ramai menganggap keputusan tersebut sekali lagi mengundang kontroversi.

Bukan kali pertama Letexier menjadi perhatian. Seperti yang dikongsikan oleh peminat bola sepak di threads, ini mungkin buka mata ramai orang. Pengadil yang turut bekerja sebagai juru sita mahkamah separuh masa di Perancis itu pernah beberapa kali dikritik susulan keputusan yang dianggap mengubah perjalanan perlawanan.

1. Indonesia vs Guinea – Shin Tae-yong Dilayangkan Kad Merah

Antara insiden paling diingati ialah ketika aksi playoff Sukan Olimpik Paris 2024 melibatkan Indonesia dan Guinea.

Dalam perlawanan tersebut, Letexier menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Guinea, dengan salah satu daripadanya dipersoalkan kerana dikatakan berlaku di luar kotak penalti. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ketua jurulatih Indonesia ketika itu, Shin Tae-yong, dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan berkenaan.

Ketiadaan sistem VAR dalam perlawanan itu menyebabkan keputusan pengadil tidak dapat disemak semula.

2. Empat Kad Merah Dalam Satu Perlawanan

Pada aksi Liga 1 membabitkan Saint-Étienne dan Le Havre pada tahun 2022, Letexier mencipta rekod luar biasa apabila melayangkan empat kad merah kepada pemain Saint-Étienne dalam satu perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan pasukan berkenaan bermain dengan jumlah pemain yang jauh berkurangan sebelum tewas dalam perlawanan tersebut.

3. Dakwaan Tidak Konsisten Dalam Keputusan Penalti

Dalam satu lagi aksi Liga 1 antara Nice dan Nantes pada tahun 2022, Letexier sekali lagi menjadi sasaran kritikan.

Beliau tidak menghadiahkan penalti kepada Nantes walaupun bola didakwa terkena kedua-dua tangan pemain Nice, Mattia Viti. Namun pada penghujung perlawanan, beliau memberikan sepakan penalti kepada Nice atas kesalahan handball yang dianggap lebih minimum.

Lebih mencetuskan kontroversi apabila dua pemain Nantes turut dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan tersebut.

4. Drama VAR Dalam Liga Juara-Juara

Kontroversi Letexier turut berlaku di pentas Liga Juara-Juara Eropah ketika mengendalikan aksi Real Madrid menentang Arsenal pada tahun 2025.

Perlawanan tertangguh lebih lima minit apabila beliau beberapa kali merujuk monitor VAR sebelum akhirnya mengubah keputusan asalnya.

Selain itu, keputusan hanya melayangkan kad kuning kepada David Alaba selepas kekasaran terhadap Bukayo Saka turut menjadi topik perdebatan dalam kalangan penyokong Arsenal.

Walaupun François Letexier dianggap antara pengadil elit Eropah dan sering diberi kepercayaan mengendalikan perlawanan besar, beberapa keputusan kontroversinya terus menjadi bualan peminat bola sepak sehingga hari ini. Insiden terbaru dalam aksi Argentina menentang Mesir sekali lagi meletakkan namanya sebagai antara pengadil yang paling mendapat perhatian di pentas antarabangsa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
1
François Letexier
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

by Phic ARMAN
July 21, 2026

'Jangan letak seseorang terlalu tinggi, nanti kecewa sendiri.' Itulah antara reaksi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

by Phic ARMAN
July 13, 2026

Satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila sebuah keluarga meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa tidak dibenarkan membawa...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Foto - @_pxxh77 (Threads)
Sosial Buzz

Menjijikkan! Hampir Habis Makan, Individu Baru Sedar Ada ‘Keropok’ Cicak

by Nurul A.
August 3, 2026

Hantaran seorang lelaki di platform Threads mencuri perhatian apabila mendakwa menemui bangkai seekor cicak dalam bungkusan jajan dibelinya. Berdasarkan gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Masih Ingat Fenomena Sejadah Berdiri? Dulu Ramai Percaya

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Siapa yang masih ingat fenomena sejadah berdiri sendiri yang pernah menggemparkan media sosial suatu ketika dahulu? Zaman itu, kalau nampak...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Jumpa Objek Seakan Parasit Dalam Lauk Sotong, Perkongsian Wanita Cetus Rasa Jijik

by Nix
July 2, 2026

Tular di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman yang membuatkan selera makannya hilang selepas menemui objek menyerupai parasit di dalam...

Read moreDetails
via Unsplash /@Kamal Hoseinianzade
Sosial Buzz

Wanita Kongsi Pengalaman Cabut Gigi, Dakwa Berlaku Komplikasi Ketika Prosedur

by Nix
June 29, 2026

Tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang disifatkannya sebagai mencemaskan selepas menjalani prosedur mencabut gigi bongsu di...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

by Nix
July 2, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang memaparkan pengalaman menikmati hidangan di atas meja yang diletakkan di dalam sungai sehingga...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kecewa! PU Amin Tegur Trend Lelaki Pakai Baju Wanita Demi Content- “Haram Dan Berdosa”

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Media sosial hari ini memang menjadi platform utama untuk berniaga dan membina jenama. Lagi kreatif sesuatu kandungan, lagi mudah ia...

Read moreDetails
Petir
Sosial Buzz

[VIDEO] Pemain Bola Sepak Yala FC Maut Disambar Petir Ketika Perlawanan

by Nurul A.
August 5, 2026

Malang tidak berbau apabila seorang pemain bola sepak Yala FC iaitu Sofwan Awae telah meninggal dunia disambar petir ketika perlawanan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara