Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Skin Goals Acne Rescue Club, Khas Untuk Kamu Yang ‘Struggle’ Dengan Jerawat!

by Soph Azz
April 17, 2023
Foto - Miss Murai

Foto - Miss Murai

Share on Facebook

Masalah kulit yang hampir semua orang pernah alami adalah jerawat yang berpunca daripada bakteria. Bila jerawat muncul dengan kerap, ia  buatkan keyakinan seseorang menurun dan menjadi lebih insecure.

Masalah jerawat ini kalau tak dirawat dengan cara yang betul; ia boleh tinggalkan parut dan ia boleh memakan masa yang lama untuk pudar.

Di pasaran boleh dikatakan ada pelbagai jenis produk yang dicipta khas untuk menangani masalah jerawat. Sekiranya kamu sedang bergelut dengan jerawat, Miss Murai syorkan untuk kamu guna Skin Goals Acne Rescue Club daripada Fanbo Cosmetics.

Skin Goals Acne Rescue Club menampilkan tiga produk yang terdiri daripada serum, clay mask serta sunscreen. Dan tanpa membuang masa, ini antara sebabnya kenapa kamu perlu mencubanya

1. Acne Rescue Clay Mask 

Acne Rescue Clay Mask dirumus khas untuk mereka yang memiliki kulit berjerawat. Clay mask ini menggunakan tanah liat kaolin yang mana fungsinya untuk exfoliate dan tanggalkan kotoran dengan cara yang lembut.

Foto – Miss Murai

Menggunakan bahan-bahan penghidratan, kamu akan rasa kulit makin lembap, tak kering dan tak tegang selepas guna. Manakala ekstrak aloe vera dan witch hazel pula mampu menenangkan kulit yang merengsa dan kemerahan. Jadi bukan hanya kulit jerawat saja boleh guna, kulit sensitif pun boleh!

2. Acne Rescue Serum 

Sekadar info, Acne Rescue Serum adalah serum yang mengandungi gabungan empat bahan unik seperti Niacinamide 5%, Salicylic Acid 1%, minyak pokok teh 100% dan ekstrak witch hazel.

Foto – Miss Murai

Apa yang best tentang serum ini, kamu akan rasa ia cepat meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang rasa melekit selepas itu. Tambahan pula, ianya sangat ringan dan sesuai dengan kulit berjerawat. Pakai secara konsisten selama seminggu, kamu akan nampak kulit jadi lebih bersih, cerah dan tona kulit makin sekata.

3. Acne Rescue Water Gel Sunscreen SPF35 PA++++

Paling best, Acne Rescue Water Gel Sunscreen SPF35 PA++++ ini menggunakan formula watery gel yang mana bila kamu pakai ia cepat meresap dengan cepat dan tak melekit!

Foto – Miss Murai

Antara bahan yang digunakan dalam sunscreen ini adalah:

  • Ekstrak witch hazel dan minyak pokok teh yang membantu mengawal pengeluaran sebum
  • Ekstrak centella asiatica yang menenangkan kulit dengan lebih lembut
  • Pure Bio Hyaluronic Acid dan Niacinamide yang membuatkan kulit jadi lebih terhidrat serta kekal lembap.

Rasanya yang tak berat dan berminyak membuatkan sunscreen ini memberikan perlindungan dan kelembapan selama 24 jam; selain daripada perlindungan dua lapisan (matahari dan jerawat).

Skin Goals Acne Rescue Club oleh Fanbo Cosmetics ini boleh didapati di [SHOPEE], [LAZADA] dan juga [PGMALL].

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fanbo cosmeticsproduk fanbo cosmeticsskin goals acne rescue club
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bayi perempuan
IbuBapa

Teringin Nak Timang Bayi Perempuan? Pakar Perubatan Am Kongsi Tip

by Nurul A.
November 15, 2026

Mungkin ada pasangan suami isteri, mereka tak kisah nak dapat bayi perempuan atau lelaki dan menerima rezeki tersebut dengan hati...

Read moreDetails
Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
Foto - @hina96_ (IG)
Kecantikan

Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu alami situasi di mana bila pegang rambut dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Tambah pula...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara