Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

Status Nasab Anak Kedua Influencer Cerai Talak 3 Jadi Tanda Tanya, Peguam Syarie Kongsi Jawapan

by Soph Azz
December 6, 2023
Foto - @hajarhanifofficial (IG)

Foto - @hajarhanifofficial (IG)

Share on Facebook

Tular TikTok, pasangan influencer iaitu Mikhail Isaaq dan Hajar Hanif dikatakan telah bercerai dengan talak tiga. Sering berkongsikan momen bahagia, Hajar baru-baru ini memuat naik video tentang kemelut rumah tangganya. Hajar mendedahkan suaminya telah berlaku curang dengan membawa balik seorang perempuan ke rumah dan pernah mengasarinya ketika hamil.

View this post on Instagram

A post shared by HAJAR HANIF (@hajarhanifofficial)

Tambah Hajar, kegiatan curang Mikhail itu sudah berlaku bertahun-tahun lamanya dan sebenarnya dia sudah dijatuhi cerai talak tiga hampir tujuh tahun yang lalu tanpa diketahui. Malah sepanjang itu, mereka dikurniakan cahaya mata yang berusia setahun iaitu Mikhail Darris.

Melihatkan isu ini, ramai yang menyuarakan persoalan mengenai apa nasab anak tersebut. Miss Murai kongsikan apa jawapan peguam syarie, Hasanah Johari mengenainya.

Peguam Syarie Ulas Tentang Nasab Anak

“Bolehkah anak dibinkan dengan nama bapa kerana lafaz taklik tersebut? Apa status anak tersebut? Boleh ke dinasabkan ke bapanya?”

View this post on Instagram

A post shared by HAJAR HANIF (@hajarhanifofficial)

Menurut peguam Hasanah, lafaz taklik perlu dibuat pengesahan di mahkamah dalam kes pengesahan lafaz cerai taklik. Pengesahan ini akan melalui beberapa proses seperti:

  • Hakim akan menyiasat fakta kes terlebih dulu
  • Tarikh dan masa lafaz dilafaz
  • Keadaan suami ketika lafaz
  • Ayat lafaz
  • Kejadian sebelum, semasa dan selepas bila pelanggaran taklik dibuat

“Perasan pada perempuan lain macam mana yang dimaksudkan sehingga boleh melanggar taklik? Siasatan ini akan dibuat secara terperinci. Termasuk Hakim bertanya pada suami faham tak talak tiga itu maksudnya apa, kesannya dan lain lagi”, kongsinya di Mingguan Wanita.

Kata Hasanah lagi, hanya mahkamah yang boleh putuskan sama ada taklik tersebut sah atau tidak, soreh atau tidak dan sebagainya. Manakala mengenai nasab anak pula, peguam syarie ini menjelaskan ianya bergantung pada tarikh pelanggaran taklik dan tarikh isteri hamil.

Foto – Mingguan Wanita
  • Pelanggaran dibuat sebelum isteri hamil dan jika disabitkan jatuh talak pada tarikh pelanggaran berlaku, si ibu perlu failkan pengesahan sabitan nasab anak.
  • Pelanggaran dibuat selepas isteri hamil, besar kemungkinan anak tersebut bernasabkan bapanya. Tetapi jika tak sabit talak itu, tak perlu buat pengesahan nasab anak.

Tambahnya lagi, apa pun status nasab anak, ia boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu wati’ syubhah. Wati’ syubhah adalah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang  berlaku bukan dalam perkahwinan sah akibat keraguan tertentu. Pada asalnya anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan sah (seperti zina), tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya.

“Apa pun, kena selesaikan dulu isu pelanggaran taklik, baru selesaikan isu pensabitan nasab anak.”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hajar hanifmikhail isaaqmikhail isaaq ceraisiti hajar
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara