Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MESRA) mengumumkan pembukaan cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia dan sebuah restoran Debonairs Pizza di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara.
Steers Mutiara Damansara Kini Dengan Kemudahan Pandu Lalu
Steers Mutiara Damansara Drive-Thru menyajikan burger dan ayam panggang atas api yang disediakan segar untuk dinikmati di restoran, dibungkus atau dibeli melalui perkhidmatan pandu lalu.
Berpegang pada janjinya, “Real Food, Made Real Good”, burger dan ayam disediakan segar mengikut pesanan untuk mengekalkan aroma dan rasa panggang berasap yang menjadi identiti Steers.
Debonairs Pizza Lebih Nikmat Dikongsi Bersama
Sementara itu, Debonairs Pizza pula menawarkan piza dengan topping melimpah untuk dinikmati di restoran atau dibawa pulang. Kedua-dua restoran menggunakan bahan-bahan yang diperakui halal.
Menghidupkan janji “Make the Ordinary Extraordinary”, restoran ini menawarkan pilihan untuk hidangan sekeluarga, pertemuan bersama rakan atau makan malam santai.
Pelanggan kini boleh mengunjungi Steers Mutiara Damansara Drive-Thru dan Debonairs Pizza Mutiara Damansara di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara.













