Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

STR Fasa 3 Tak Lulus? Ini Tarikh Baru Untuk Mohon Rayuan Bagi Fasa Seterusnya

by Nurul A.
August 13, 2025
Share on Facebook

Nampaknya ramai yang sudah dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk pengetahuan kamu, STR sudah pun disalurkan bermula semalam (12 Ogos 2025) dan ianya dilakukan secara berperingkat.

Bagi yang tidak lulus atau tidak layak, janganlah pula kamu sedih ye. Kamu boleh cuba membuat rayuan untuk fasa seterusnya. Penting untuk kamu tahu bagaimana caranya untuk membuat semakan dan juga rayuan semula.

Murai kongsi caranya…

Apa yang perlu saya lakukan jika STR tidak lulus? 

Untuk permohonan yang “Tidak Lulus”, kamu boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti apakah Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan rayuan bagi fasa seterusnya.

Foto – Pickastock

Take note, untuk permohonan rayuan bagi Fasa 3 sudah pun ditutup. Jika mahu mohon rayuan, kamu perlu mohon bagi Fasa 4.

Kamu perlu pastikan bahawa semua dokumen yang berkaitan sudah pun dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan yang dibuat.

Rayuan perlu dibuat dalam tempoh yang diumumkan secara rasmi. Kamu boleh lakukan rayuan secara dalam talian melalui portal STR atau secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

1. Secara Dalam Talian Melalui Portal STR

Foto – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Layari laman web rasmi STR [KLIK SINI].
  • Log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  • Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
  • Lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Topik Berkaitan STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

2. Secara Manual Di Pejabat LHDNM

  • Kunjungi mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
  • Dapatkan borang “Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01)” di kaunter atau muat turun daripada web rasmi STR.
  • Isi borang dan sertakan dokumen sokongan dengan lengkap.
  • Serahkan borang di kaunter, penghantaran e-mel tidak diterima.

Tarikh Permohonan Rayuan STR Fasa 4 

STR 2025 bagi Fasa 4 dijadualkan bakal disalurkan pada November 2025. Tarikh tepatnya akan diumumkan oleh LHDNM, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum.

Foto – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Manakala tarikh untuk melakukan permohonan rayuan STR bagi Fasa 4 pula sudah pun dibuka, bermula 22 Januari 2025 sehingga 30 September 2025 bagi pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” untuk Fasa 4.

Untuk maklumat lanjut, kamu boleh hubungi pejabat LHDNM berhampiran atau layari laman web rasmi STR [KLIK SINI].

Jadi tunggu apa lagi? Kalau kamu tidak layak mendapat STR Fasa 3, cepat-cepat mohon rayuan untuk Fasa 4. Semoga berjaya!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
permohonan rayuan strpermohonan rayuan str 2025rayuan strstrsumbangan tunai rahmah
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara