Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda

by Phic ARMAN
September 19, 2025
Pics for story subsidies for RON95 petrol and diesel will be stopped beginning Dec 1. Picture taken at petrol station in Rawang.AZMAN GHANI / The Star

Pics for story subsidies for RON95 petrol and diesel will be stopped beginning Dec 1. Picture taken at petrol station in Rawang.AZMAN GHANI / The Star

Share on Facebook

MURAI ada berita baik buat semua warga Malaysia! Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail siap bagi heads up dekat semua rakyat Malaysia, cepat-cepat check MyKad kalian!

Penting tau sebab subsidi bersasar untuk harga petrol RON95 yang bakal dilaksanakan nanti hanya boleh dinikmati kalau MyKad kalian berfungsi dengan baik masa isi minyak.

Saifuddin sempat selit pesan kat Facebook, “Kalau cip rosak atau tak boleh dibaca, jangan risau. Pergi je ke mana-mana kaunter JPN. Insya-Allah siap hari sama, mudah dan cepat. Jangan tunggu last minute!” Fuh, senang je kan?

Lagi best, Saifuddin reveal yang harga RON95 dijangka turun kepada RM1.99 seliter hujung bulan ni. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memang jenis pegang janji, walaupun ambil masa sikit, janji tetap janji. Kalian bayangkan, dari harga sekarang RM2.05 seliter turun jadi RM1.99. Memang padu!

Subsidi Bersasar: Siapa Untung?

Murai korek info, pelaksanaan subsidi ini akan bagi manfaat pada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:

  • Pemandu kereta
  • Penunggang motosikal
  • Belia seawal usia 16 tahun
  • Pekerja gig macam rider food delivery dan e-hailing

Yang penting, subsidi ini hanya untuk warganegara Malaysia. Orang luar kena bayar harga pasaran, lebih kurang RM2.50 seliter. Jadi jangan risau, hak rakyat tetap terjaga.

Topik Berkaitan RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna 'Cuak' Di Threads- "Betul-Betul Habis Atau...?"

Kenapa Kerajaan Buat Macam Ni?

Menurut Saifuddin dan PM Anwar, langkah ini nak pastikan sumber negara digunakan dengan lebih bijak. Bayangkan, kerajaan sebelum ni tanggung subsidi RON95 hampir RM20 bilion setahun, walaupun harga minyak dunia dah menurun. Dengan sistem baharu, subsidi tak lagi dinikmati oleh golongan tak sepatutnya termasuk warga asing. Bijak kan?

@beritartm

Harga petrol RON95 untuk rakyat turun ke RM1.99 seliter ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ ‘Yang sahih di RTM’ #MalaysiaMadani #BeritaRTM #taatsetia #RTM #TaatSetia RancakkanMADANI

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

Selain tu, kejayaan penjimatan subsidi diesel yang jimat sampai RM4 bilion dan kurangkan ketirisan jadi bukti kerajaan serius nak bantu rakyat tanpa pembaziran.

Cara Nak Dapat Subsidi

Kerajaan masih perincikan mekanisme, tapi antara cadangan ialah:

  • Penggunaan MyKad yang dihubungkan dengan pangkalan data kerajaan
  • Atau sistem e-dompet/kad debit
  • Apa pun, kuncinya sama: pastikan MyKad korang tip-top!

Serius MURAI rasa langkah ini win-win. Rakyat lega, kerajaan pun dapat kawal ketirisan. Tapi ingat, jangan tunggu sampai petrol dah RM1.99 baru nak kalut check MyKad. Pergi JPN awal-awal, settle terus. Barulah kalian boleh feeling isi minyak dengan senyum lebar hujung bulan nanti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailRon95
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara