Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Supergoop! Ada Banyak Pilihan Sunscreen, Tapi Koleksi Yang Satu Ini Paling Miss Murai Suka

by Lisa Ghani
May 17, 2023
Foto - Supergoop

Foto - Supergoop

Share on Facebook

Jangan sesekali tinggalkan rutin krim pelindung matahari! Sama ada kamu berada di dalam rumah, luar rumah, cuaca panas atau sejuk, SPF ritual untuk kulit yang sihat dan cantik.

Di pasaran terdapat banyak pilihan sunscreen atau krim pelindung matahari, tapi nak mencari yang betul-betul sesuai serta tidak meninggalkan kesan putih pada wajah, sangat susah. Apatah lagi tidak beri kesan sampingan seperti kegatalan, kulit berminyak atau kesan melekit pada solekan.

Foto – Supergoop

Jenama Supergoop! dikenali kerana mengeluarkan sunscreen yang pelbagai jenis untuk masalah kulit, tapi koleksi yang satu ini paling Miss Murai berkenan sekali.

Perkenalkan krim pelindung matahari yang sempurna untuk semua jenit kulit, tona dan rutin. Temui Supergoop!’s Every. Single. Face. SPR-Shield Watery Lotion SPF50!

SPF ringkas dan mudah dipakai yang padat dengan perlindungan yang berkuasa dengan kemasan yang lancar.

Ia merupakan formula jenama paling universal dan serba boleh sehingga kini, tidak meninggalkan kesan putih dan memberi rasa segar dan sejuk dengan kemasan semula jadi, tidak berminyak sesuai untuk semua jenis kulit kering hingga yang berminyak sekalipun.

Foto – Supergoop

Sekali kamu sapu ke wajah, kamu akan rasai keselesaan. Malah, nak bersolek pun jadi lebih mudah, tiada kesan putih dan tidak berminyak. Penulis betul-betul puas hati dengan sunscreen ini.

Krim ini turut mengandungi Amino Acid Complex, yang membantu mengunci kelembapan untuk mengekalkan penghidratan kulit, serta melindungi daripada sinaran UV, cahaya biru, pencemaran dan sinaran inframerah. Terdapat juga Niacinamide (Vitamin B3) untuk membantu mengurangkan penampilan pori-pori, tona kulit sekata dan mengurangkan kesan radikal bebas.

Jadi, kalau kamu mencari sunscreen, boleh cuba jenama ini. Nak beli, klik link di sini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jenama supergoopsephorasunscreen
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  5. 5

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara