Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

TV Alhijrah Menang Anugerah Pesanan Khidmat Awam Terbaik SKMM

by Aphit J.
December 31, 2022
Share on Facebook

Penutup tahun 2022 yang manis buat TV AlHijrah apabila stesen penyiar berkonsepkan gaya hidup Islam pertama Malaysia ini merangkul pengiktirafan Pesanan Khidmat Awam Terbaik Kategori Penyiaran pada Majlis Anugerah Penarafan Bintang 2021, anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bukti Pencapaian

via TV Alhijrah

Anugerah ini adalah antara bukti pencapaian serta komitmen TV AlHijrah dalam bertindak sebagai penyiar bertanggungjawab yang menyampaikan mesej secara terancang yang berkepentingan awam kepada masyarakat.

Hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah pada majlis pengiktirafan tersebut adalah Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek. Beliau menerima anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mantek.

Memberikan Kesedaran

Saifulizan berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada TV AlHijrah kerana tidak pernah culas menyokong inisiatif kementerian dan agensi kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai dasar, perkhidmatan, program, aktiviti atau sesuatu isu yang berkepentingan awam.

Saifulizan turut berkata, anugerah itu juga satu penghargaan kepada TV AlHijrah atas usaha dan sifat prihatin terhadap keperluan masyarakat melalui kandungan televisyen.

Meraikan Industri Telekomunikasi

via TV Alhijrah

Anugerah Penarafan Bintang 2021 diadakan bagi meraikan industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan serta servis terbaik kepada rakyat Malaysia.

Anugerah yang dianjurkan dua tahun sekali ini memberi pengiktirafan kepada pemegang lessen di bawah bidang kuasa SKMM.

Turut hadir pada majlis ini adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
TV Alhijrah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara