Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ulas Soal Seksi, Azira Akui De Fam Ada Etika Pemakaian- “Sebagai Muslim Tahu Apa Boleh Pakai Atau Tak”

by Nurul A.
November 24, 2025
Foto - @azirashafinaz (IG)

Foto - @azirashafinaz (IG)

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kumpulan wanita Malaysia, Dolla telah berdepan dengan kritikan hebat selepas video muzik terbaru mereka iaitu “Question” dilancarkan. Kumpulan itu turut ditegur oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun apabila mereka telah mengenakan pakaian yang agak seksi.

Melihatkan Dolla dikritik hebat oleh orang ramai kerana penampilan seksi mereka, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu yang dikaitkan dengan kumpulan itu.

View this post on Instagram

Namun, berdasarkan kenyataan Azira daripada laporan media tempatan, penyanyi itu mendakwa kumpulannya, De Fam mempunyai kod etika pemakaian tersendiri. Ini kerana salah satu ahli De Fam, iaitu Cik Manggis tidak selesa untuk mengenakan pakaian ketat atau seksi memandangkan dia seorang wanita bertudung.

“De Fam memang ada kod etika pemakaian yang kami tetapkan. Terutama salah seorang anggota kami iaitu Cik Manggis yang berhijab, dia tidak selesa jika pakaian yang digayakan terlalu ketat. Kami dari dulu jaga pemakaian. Kalau orang tanya macam mana De Fam boleh jaga etika pemakaian tetapi orang lain tidak, saya rasa itu tidak perlu dijadikan isu.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Azira turut memaklumkan bahawa imej dan gaya antara kumpulan De Fam dan Dolla adalah berbeza dan tidak perlu dibandingkan oleh mana-mana pihak.

“Setiap kumpulan ada identiti masing-masing. Mereka (Dolla) punya identiti dan genre pun lain, nak dibandingkan dengan De Fam. Tanya berkaitan isu pemakaian sangat sensitif untuk saya bicarakan. Bagi saya, apa yang betul, tetap betul. Kalau ada teguran, kita terima dengan hati yang terbuka kerana itu tandanya orang mahu kita jadi lebih baik.”

View this post on Instagram

Tambah Azira, De Fam juga pernah menghadapi situasi yang sama ketika di awal penglibatan mereka dalam industri hiburan. Azira juga menegaskan supaya selebriti lain turut mengambil iktibar daripada apa yang dihadapi oleh Dolla.

“Tak boleh cakap sebab semua lalui haluan berbeza. Dulu De Fam bermula pun orang cakap kami boleh menari saja. Banyak tomahan lalui. Kami ambil sebagai positif. Cuba perbaiki diri sendiri.

Bagi saya benda isu etika pemakaian, kami sebagai Muslim tahu apa boleh pakai atau tak. Macam saya cakap, kita kena ambil teguran dan cuba perbaiki.”

Sekadar info, Azira berkongsi bahawa De Fam kini berada dalam perancangan untuk muncul dengan lagu baharu mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azira Shafinazazira shafinaz de famde fam
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Mohon Maaf Untuk Konsert- “Terlalu Banyak Yang Tak Dapat Dicoretkan”

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Sebuah konsert yang dinanti-nantikan pastinya diharapkan berjalan smooth dari awal sampai akhir. Tapi apa jadi kalau perkara teknikal pula mengganggu...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Bekas suami Nora Danish, Muhammad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned, baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi satu...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara