Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’

by Naddy Joe
May 21, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi baharu, Athierah, kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Berdiri, sebuah lagu yang membawa mesej tentang kekuatan diri, keberanian untuk bangkit dan semangat untuk terus melangkah walau berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Berkisar Mengenai Kekuatan Diri

Bagi Athierah atau nama sebenarnya Nor Athierah Aqielah Nor Azman, Berdiri bukan sekadar sebuah lagu biasa, malah karya tersebut mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan perjalanan hidup serta pengalaman peribadinya sepanjang bergelar anak seni.

Menurutnya, sebaik sahaja mendengar melodi dan keseluruhan susunan muzik lagu tersebut buat pertama kali, dia terus merasakan satu hubungan yang kuat dengan karya berkenaan.

“Bagi saya, lagu Berdiri sangat istimewa sebab mesej yang dibawa memang dekat dengan diri saya. Lagu ini banyak berkisarkan tentang kekuatan diri dan bagaimana kita bangkit semula selepas melalui pelbagai fasa dalam hidup.

Bila pertama kali dengar muzik dan melodi lagu ini, saya terus rasa bersemangat dan yakin lagu ini mempunyai sesuatu yang boleh sampai kepada pendengar,” kata gadis berusia 22 tahun ini lagi

Kerjasama Dengan Komposer & Penerbit Terkenal, Ajai

Menariknya, single ini juga menyaksikan Athierah diberi peluang bekerjasama dengan komposer dan penerbit terkenal, Ajai, yang disifatkannya sebagai satu pengalaman yang sangat berharga dalam
perjalanan seninya.

Menurut Athierah, sepanjang proses rakaman berlangsung, dia banyak mempelajari aspek penting dalam penyampaian sesebuah laguterutama dari segi emosi dan penghayatan.

“Bekerja dengan Uncle Ajai memang satu pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila. Banyak perkara yang saya belajar daripada beliau, terutama tentang bagaimana untuk menyampaikan emosi dalam lagu dengan lebih jujur dan tepat.

Uncle Ajai juga sangat teliti ketika proses rakaman. Kadang-kadang perkara kecil pun diberi perhatian supaya hasil akhirnya benar-benar memberi kesan kepada pendengar. Dari situ saya belajar bahawa menyanyi bukan sekadar tentang vokal, tetapi juga tentang rasa dan jiwa,” ujarnya

Selain berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, Athierah juga kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan Teater.

Menurutnya, dunia lakonan dan teater banyak membantu dirinya dari segi keyakinan, ekspresi emosi serta cara membawa diri ketika membuat persembahan di atas pentas.

Sebagai info, Berdiri yang diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) sudah boleh didengar disemua platform digital manakala muzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

Youtube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
1
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
athierah
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara