Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton Salon!

by Khai Azfar
September 15, 2018
Share on Facebook

Kami telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis perasmian dan tayangan ‘sneak preview’ tiga drama bersiri Viu Originals yang akan disiarkan melalui dua saluran iaitu secara atas talian menerusi aplikasi Viu dan di NTV7.

5 Sebab Salon Harus Ditonton

Selain Jibril dan The Bridge, kami tertarik mengenai Salon sebuah rantaian drama bersiri yang akan ditayangkan bermula 17 September 2018 jam 10 malam. Melihatkan pada sedutan pratontonnya, kami percaya Salon antara salah sebuah naskah yang akan menjadi bualan peminat. Sebabnya? Kami rangkumkan 5 sebab mengapa ianya bakal menarik perhatian anda untuk menonton Salon!

Terdapat Dua Versi Tayangan

View this post on Instagram

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Seringkali kita berasa hampa kerana terdapat beberapa adegan dalam sebuah drama telah disunting dan dipotong kerana mengandungi adegan yang tidak sesuai ditonton umum. Khas untuk drama Salon, anda kini boleh menonton dua versi tayangannya dimana kami difahamkan di NTV7 kandungannya lebih sesuai untuk ditonton umum dan mengandungi beberapa suntingan. Melalui Viu pula, anda boleh menonton Salon tanpa sebarang suntingan dan jauh lebih puas!

Membariskan Ramai Pelakon Terkenal

Bukan calang-calang drama! Ini kerana jalan cerita Salon bukan sahaja menarik, malah turut menampilkan ramai pelakon terkenal termasuklah Julia Farhana, Iman Corrine, Idris Khan dan Josiah Hogan. Kami pasti dengan watak yang dipegang mereka pasti meninggalkan impak dalam drama Salon. Dengar khabar sehingga ada pelakon yang menangis tinggalkan set Salon kerana sudah ‘terikat’ dengan jalan ceritanya.

Kabir Bhatia Sebagai Pengarah

Kita semua tahu, drama ataupun filem yang mendapat ‘sentuhan ajaib’ pengarah terkenal Kabir Bhatia sentiasa menjadi tumpuan peminat.

Antara filem-filem terkenal beliau ialah Sepi (2008), Setem (2010), Nur Kasih The Movie (2011) dan Gila Baby (2014) dan yang terbaru Filem Pulang dibintangi oleh pelakon Remy Ishak dan Puteri Aishah.

Berbekalkan pengalamannya selama 24 tahun dalam bidang ini, Salon merupakan naskhah terbaru Kabir yang barangkali akan menjadi fenomena? Tunggu dan lihat pada 17 September ini!

Salon Drama ‘Dark Comedy & Suspense’ Pertama Di Malaysia?

Salon bagi kami merupakan drama yang bergenre ‘Dark Comedy & Suspense’ Pertama Di Malaysia.’Dark Comedy’ atau Komedi hitam ialah sejenis komedi yang berkenaan dengan topik-topik yang mengerikan ataupun serius. Antara filem Hollywood yang popular dengan genre Komedi Hitam adalah seperti Seven Psychopaths, The Lobster, Hunt for The Wilderpeople dan banyak lagi.

YouTube video

Sesuatu yang berbeza dari drama bersiri tempatan yang lain! Mengisahkan mengenai Anna yang membuka salon baharu yang pantas menjadi bualan masyarakat kota. Walaubagaimanapun, Anna memiliki sejarah hitam silam dan tekad untuk menjejak pembunuh yang membunuh ahli keluarganya sebelum ini.

Anna yang membalas dendam untuk orang-orang yang dibuli! Anna juga ingin membalas dendam kepada orang yang dah bunuh keluarganya. Nak tahu apa kesudahannya? Mungkinkah Anna mengalami penyakit mental atau psychotic? Anda kena tonton sendiri.

Tidak stereotype

Dipetik dari Xtra, salah seorang pelakon dari drama ini, Iman Corrine mangakui siri ini belum pernah ditonton olehnya sebelum ini.

“Bagi saya, penonton Malaysia akan terkejut kerana belum pernah menonton cerita series seperti ini. Salon bergenre triller dan mempunyai elemen komedi. Series ini juga mempunyai ramai watak wanita dari pelbagai peringkat umur tetapi tidak stereotype. It is something very new, pelik sedikit tetapi menarik.” 

Dalam temubual yang sama, Iman berkata dia sangat teruja berlakon dibawah arahan Kabir buat kali kedua dan memberi jaminan Salon ini agak sedikit berbeza dari drama bersiri yang lain.

Nak tahu lebih lanjut, anda kena saksikan trailer di bawah ni dahulu, baru boleh rasa debaran itu.

Anda boleh memonton drama bersiri ini dengan memuat turun aplikasi Viu menerusi Google Play atau Apple App Store secara percuma.

Viu telah menerbitkan lebih 900 episod kandungan asli drama di rantau lain termasuk Kenapa Harus Bule dan Sunshine dari Indonesia dan It Happened in Hong Kong, Love, Lust and Confusion dan Kaushiki dari India.

Untuk mengikuti Viu Malaysia sila lawat www.facebook.com/ViuMalaysia atau @ViuMalaysia di Instagram.

drama salonsalon'
https://lomp.at/wblb0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara