Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Wanita Hamil Kena Elak Beli Produk Yang Ada 2 Bahan Ini. Kenapa Agaknya?

by Lisa Ghani
January 9, 2023
Foto - VeryWell Family

Foto - VeryWell Family

Share on Facebook

Ya, memang betul.!

Tak semua produk kecantikan yang dijual di pasaran sesuai dengan kulit kita, lebih-lebih lagi untuk wanita hamil. Terdapat pantang larang yang kena diketahui agar tidak membinasakan keadaan kulit, di samping menjejaskan kehamilan.

Kenapa agaknya? Kita sedia maklum, perubahan kulit ketika hamil lumrah berlaku. Mungkin ada sesetengah bertuah mengalami kesempurnaan kulit selama 9 bulan, tetapi ada juga yang lain mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kulit atau semakin teruk pada satu ketika.

Sebab itulah penting untuk wanita hamil menggunakan kosmetik yang betul-betul selamat, bukan saja untuk diri sendiri malah tidak menjejaskan kehamilan. Ada bahan yang terkandung dalam produk yang diakui tidak selamat digunakan untuk hamil.

Foto – Skin

Mari kita kenal pasti bahan-bahan tersebut;

Yang pertama adalah retinoid/vitamin A

Dipetik dari Healthline, penggunaan topikal retinol dan retinoid boleh menyumbang kepada tahap vitamin A yang tinggi dalam badan. Produk yang ada isotretinoin (accutane) selalunya digunakan untuk rawat jerawat boleh menyebabkan kecacatan janin.

Penggunaan oral retinoid meningkatkan risiko ini dengan ketara. Malah, boleh berlakunya Fetal retinoid syndrome (FRS), satu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan retinoid semasa kehamilan.

Seterusnya asid jenis salicylic acid

Salicylic acid adalah bahan biasa untuk merawat jerawat kerana keupayaan anti-radangnya, sama seperti aspirin. Kajian dari Europe PMC menunjukkan bahawa produk yang mempunyai salicylic acid yang tinggi seperti produk kulit dan ubat oral harus dielakkan semasa kehamilan.

Topik Berkaitan Khas Untuk 'BuMil' Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

Walau bagaimanapun, produk dengan dos rendah yang mengandungi salicylic acid dilaporkan selamat, tapi sebaiknya elak melainkan ditulis penggunaannya selamat untuk wanita hamil.

Kalau kamu was-was, dapatkan rujukan pakar dermatologi agar masalah kulit boleh diatasi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
retinoidsalicylic acidwanita hamil
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara