Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Memang Saya Minat Dia”- Jihan Muse Ada Sebab Suka Wann

by Khai Azfar
December 2, 2019
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengumuman daripada pihak Astro mengenai penambahan durasi rancangan realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) kepada tiga minggu ternyata disambut baik pelbagai pihak termasuk hos nya, Jihan Muse.

Tidak Sangka GV2019 Terima Sambutan Menggalakkan 

Menurut Jihan, jika bercakap mengenai tugas mereka sebagai hos, dengan pengumuman tersebut sedikit sebanyak membantu mereka merancang jadual kerja sehingga ke hujung tahun.

Dedah Jihan pada permulaan GV musim ini berlangsung dia menyangka sambutan yang diterima barangkali tidak sehebat musim terdahulu apatah lagi ada diantara peserta kali ini tidak begitu dikenali.

https://www.instagram.com/p/B5aY0g5DGd5/

Namun sangkaanya itu ternyata tidak tepat kerana sambutan yang diberikan oleh penonton berada diluar jangkaan sebaik sahaja program tersebut masuk ke minggu kedua dan seterusnya.

Malah isteri kepada pelakon yang juga pelawak, Ungku Hariz itu turut menyifatkan GV2019 memberi impak yang cukup besar berbanding sebelum ini.

“Kami ingatkan GV pada tahun ini tak berapa menyengat pada awalnya memandangkan sudah enam musim bersiaran dan kalau diikutkan musim kali ini kebanyakan peserta tidak dikenali dan diingati oleh peminat.

Tetapi bila sudah masuk minggu kedua dan ketiga, kita sudah nampak kelainannya dan tahun ini best gila. Lebih bagus apabila orang tak kenal dan tak ingat kerana bila mereka(penyanyi) membuat comeback, impak mereka akan mula terasa”

Akui Minat Wann 

Ketika ditanya mengapa sering kali menyebut nama salah seorang peserta GV2019, Wann pengacara berusia 36 tahun ini akui sememangnya begitu meminati penyanyi itu sejak dahulu lagi.

Jelas Jihan, antara faktor mengapa dia meminati pelantun Bossanova itu adalah kerana nyanyiannya dan gaya yang disampaikan oleh Wann begitu unik dan tersendiri.

“Saya rasa bukan saya sahaja yang meminati Wann tetapi mereka yang lahir di era-80 an turut meminatinya kerana Wann menyanyi ada style. Semua orang suka bila menyanyi ada style. Bila dia hilang lama dan buat comeback..memang saya minat dia dan tahu kebanyakan lagunya seperti Bossanova dan Si Baju Hijau”

GV2019 kini diteruskan dengan minggu kelapan dan berbaki lapan lagi peserta terdiri daripada Wann, Jatt,Naqiu Boboy, Hady Mirza, NurFatima, Noorshila Amin, Sham VISA dan One Nation Emcees.

'Avengers: Endgamegegar vaganzaGegar Vaganza 2019jihan muse
https://lomp.at/5xeo2
Share18Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @nabil_ahhhhh (Threads)
Indonesia

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?

by Nurul A.
January 5, 2026

Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore