Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Bangunan ‘Terbiar’ Atas Zepp KL Jadi Tanda Tanya, Betul Ke Ada Kaitan Dengan Penjara Pudu?

by Phic ARMAN
July 14, 2026
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda pernah singgah ke Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), pasti anda perasan sebuah bangunan tinggi yang sudah lama kelihatan tidak siap di atas kawasan Zepp Kuala Lumpur dan berhampiran pawagam GSC. Sedangkan pusat beli-belah itu semakin meriah dengan pelbagai acara, konsert dan kehadiran pengunjung setiap hari, bangunan tersebut pula kekal sunyi sepi sehingga mencetuskan pelbagai persoalan.

Ramai tertanya-tanya, apakah sebenarnya bangunan itu? Mengapa ia masih belum siap walaupun projek di sekelilingnya sudah lama beroperasi?

Dari Projek Hotel Bertukar Jadi Kisah Mistik?

Seperti biasa, apabila sesuatu perkara tidak mempunyai penjelasan yang jelas, pelbagai teori mula muncul di media sosial. Ada yang mendakwa pembinaan bangunan tersebut tergendala kerana faktor teknikal, manakala tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan kisah mistik.

Lebih mengundang perhatian apabila ada netizen mendakwa bangunan itu dibina di atas kawasan bekas Penjara Pudu, malah ada yang mengatakan lokasinya berada betul-betul di atas kawasan bilik hukuman gantung banduan.

Antara komen yang tular berbunyi, “Sebab tu kawasan bilik gantung banduan Penjara Pudu… so berhantu la.” Ada juga yang mendakwa projek itu gagal disiapkan kerana dikatakan sering berdepan gangguan misteri.

Bagaimanapun, semua dakwaan tersebut hanyalah spekulasi yang berlegar di media sosial. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pemaju mahupun pihak berkuasa yang mengesahkan cerita-cerita tersebut.

Didakwa Sepatutnya Jadi Canopy by Hilton

Dalam masa sama, satu perkongsian di Facebook memberi gambaran berbeza mengenai bangunan itu. Menurut hantaran tersebut, struktur yang masih belum siap itu sebenarnya ialah Canopy by Hilton Hotel, Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Hotel berkenaan dikatakan mempunyai 28 tingkat dengan 478 bilik dan pada asalnya dijadualkan dibuka pada tahun 2022. Lebih menarik, ia juga disebut-sebut bakal menjadi hotel Canopy by Hilton pertama di Asia Tenggara.

Namun, selepas beberapa tahun berlalu, bangunan itu masih belum menunjukkan tanda-tanda siap sepenuhnya. Malah, status semasa projek tersebut juga tidak diketahui sama ada akan diteruskan atau masih ditangguhkan.

Jangan Cepat Percaya Spekulasi

MURAI faham kenapa bangunan ini menjadi topik hangat. Lokasinya yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur, ditambah pula dengan rupa bangunan yang seolah-olah “terhenti dalam masa”, memang mengundang pelbagai persoalan. Tidak hairanlah ramai mula mengaitkannya dengan kisah-kisah misteri yang pernah menyelubungi kawasan bekas Penjara Pudu.

Namun begitu, tanpa fakta atau kenyataan rasmi, semua cerita tersebut wajar dianggap sebagai spekulasi semata-mata. Lebih penting daripada kisah mistik ialah memastikan bangunan yang sudah lama terbengkalai ini tidak menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, pencerobohan atau tempat pembiakan nyamuk yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Harapnya, misteri di sebalik bangunan ini akhirnya terjawab dan projek tersebut dapat diteruskan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya warga kota setiap kali melintasi Lalaport.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Canopy by Hilton HotelLalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC)
Share32Tweet20SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara