Menimang cahaya mata menjadi impian buat pasangan suami isteri. Memiliki bayi yang comel pastinya akan melengkapkan lagi kehidupan berkeluarga. Pasti ramai ibu bapa yang pernah berdepan detik cemas saat melahirkan anak kan?
Tetapi bila bayi yang dinantikan menjengah dunia, perasaan ibu bapa pada ketika itu sememangnya tidak dapat digambarkan..indah betul! Namun pasti ramai yang tidak tahu tentang keajaiban bayi yang baru dilahirkan. Ikuti 10 fakta menakjubkan bayi yang baru lahir.
- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
- Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.