Rasa pedas pasti menjadi rasa wajib dalam masakan. Terdapat ratusan jenis di cili dalam dunia ini dengan tahap kepedasan yang berbeza-beza.
Ada yang tak lalu makan kalau tak cukup pedas kan? Dah memang menjadi kebiasaan orang Asia untuk menikmati makanan pedas pedas. Jom kita lihat 5 cili paling pedas di dunia
1. Bhut Jolokia = scoville rating 855,000 – 1,050,000
Cili nie telah disahkan oleh Rekod Dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Cili nie berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesies cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense, namun berdasarkan ujian DNA dikenal pasti bahawa ia adalah spesies hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikut capsicum frutescens.
2. Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 – 580,000
Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Caranya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.
3. Habareno Pepper = scoville rating 100,000 – 350,000
Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuba, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili ini banyak diperdagangkan di sana.
4. Thai Pepper = scoville rating 50,000 – 100,000
Thai Pepper dalam bahasa Malaysianya cili api, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili yang biasa “dimakan” sehari-hari sahaja.
5. Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 – 50,000
Merah Cili! Benar-benar cili yang menunjukkan keciliannya melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Ceyenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.