Beberapa kajian apabila pesakit bersama haiwan peliharaan maka kurang berpontensi untuk mendapat penyakit darah tinggi dan stres. Malah, seseorang yang menghidapi penyakit ini jika mengambil haiwan peliharaan, tekanan darah mereka akan menjadi lebih stabil.
Penyelidiknya telah melakukan kajian untuk menilai kesan sokongan sosial haiwan peliharaan seperti kucing terhadap degupan jantung, tekanan darah dan tahap stres seseorang. Kajian tersebut menjurus kepada persoalan bagaimana haiwan peliharaan boleh membantu pemiliknya daripada sudut psikologi.
Tetapi anak khinzir atau ‘piglet’ mungkin sesuatu jarang di pelihara. Di Amerika, satu inisiatif membantu pesakit Alzheimer dijalankan bagi membantu daya ingatan mereka.
Menurut laporan USA Today, pemilik ‘piglet’, Erin Brinkley-Burgardt, telah membawa haiwan peliharaannya ke Highline Place di Littleton, Colorado, untuk bersama-sama dengan warga tua di sana. Kebanyakkan mereka penghidap penyakit Alzheimer. Mungkin untuk memberi sesuatu lebih terkesan dalam diri mereka, membawa ‘piglet’ ke sini menjadi sesuatu momen yang luarbiasa bagi mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada ingatan pesakit ini.
Menurut Brinkley-Burgardt, ramai yang ragu-ragu dengan haiwan ini pada mulanya namun sebenarnya ia telah menceriakan suasana di rumah sakit ini.
Kerana sifat penyakit Alzheimer yang lupa dengan setiap momen, ‘piglet’ adalah sesuatu yang boleh memberi impak kepada ingatan mereka kerana kehadiran haiwan ini bukan sesuatu yang biasa.
Selepas menonton video kehadiran ‘piglet‘ ini akan buatkan anda terkejut dan yang paling terharu, apabila kesemuanya mengukirkan senyuman dan menghargai detik-detik manis ini.
sumber USA Today
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.