Pelakon watak utama filem sensasiPirates of Caribbean, Orlando Bloom pernah menimbulkan kekecohan pada bulan Ogos tahun lalu selepas gambar-gambar dirinya dan bekas kekasih Katy Perry telah terpampang di muka depan akhbar tempatan.
Baru-baru ini jejaka kacak telah bersuara mengenai gambar yang tersebar meluas yang berbogel sambil mendayung kayak.
Foto-foto yang sangat memalukan ini diambil oleh seorang jurugambar paparazzi ketika pasangan itu sedang bercuti. Bloom berbogel tidak memakai apa-apa kecualitopi dan cermin mata hitam.

Ketika dia ditemubual bersala Elle UK mengenai gambar itu, Bloom menjelaskan bahawa imej-imej tu bukanlah untuk mendapatkan publisiti.
“Ia adalah sangat mengejutkan, saya tidak akan meletakkan diri saya dalam kedudukan itu jika saya fikir ia akan berlaku,” kata Bloom.

“Kami berada di sana selama lima hari. Tiada apa-apa di sekeliling kami. Tidak ada cara untuk orang mendekati kami. Jadi saya memang bebas untuk melakukan apa-apa termasuk berbogel berasa bebas. Apa yang boleh saya katakan?
Itulah lumrah jika bergelar selebriti terkenal lagi-lagi di Hollywood. Tiada istilah bebas, malah akan dihantui dengan serangan Paparazi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.