Tahun ini nampaknya begitu banyak iklan raya yang menarik. Jika dilihat pada sambutan peminat, nampaknya iklan raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) betul-betul mencuri perhatian orang ramai. Ini kerana jalan cerita dan kesan khas yang dipaparkan amat berlainan dengan iklan-iklan raya yang sebelumnya.
Iklan tersebut sebenarnya telah dihasilkan oleh Reservoir Production (RP) dan syarikat produksi ini memang terkenal menghasilkan video-video iklan untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.

Susulan dari sambutan yang hangat menerusi iklan tersebut, jom saksikan muzik lagu hari raya istimewa daripada Aida dan keluarganya dengan lagu Ceria di Hari Raya, OST #DugaanRaya Aida. Video diterbitkan dengan suasana klasik 90-an seiring melodi lagu yang membangkitkan nostalgia. Syoknya bila dapat imbau kenangan lama berhari raya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.