Hampir setiap hari terpampang di media sosial dan dada akhbar mengenai kisah kontroversi artis yang melibatkan Afifah Nasir, Aliff Aziz serta isteri beliau, Bella Astillah. Terkini, Afifah Nasir dalam satu sidang media khas menjawab spekulasi mengapa beliau mendiamkan diri sehingga timbul dakwaan produksi penggambarannya, Izinkan Aku Mencintaimu mempergunakan beliau.

Video Parody

Sejurus selesai sidang media tersebut, pengarah filem terkenal , Michael Ang dan pelakon, Sharifah Sakinah telah memuat naik video parody kisah kontroversi pelakon – pelakon berkenaan menerusi laman Instagram Michael Ang dengan status;

” Kisah benar! Mcm mcm set drama Malaysia ni! Nasib baik anak ayam aku ikut cakap! Kalau tidak tergantung shooting aku! Luv @sharifah_sakinah kerna sanggup jadi kambing hitam walaupun akan di kecam oleh netizen kalau cerita ni keluar! Sabar la nak untuk sesuap nasi! Pada org singapore dan sabah jgn lupa sokong drama kami!”

IKLAN

Agaknya rata – rata netizen dan artis sendiri pun sudah jemu dengan kisah kontroversi yang bagaikan tiada penghujung ini. Sama – samalah kita doakan pengakhiran yang terbaik buat mereka

sumber Instagram Michael Ang 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry