Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali ini. Nantikan kemeriahan sambutan di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall yang menggabungkan dekorasi berinspirasikan istana dan seni tradisional India.
Para pelanggan juga dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menawarkan ganjaran menarik. Sambutan ini bermula pada 23 Oktober 2026, bersempena dengan Deepavali pada Ahad, 8 November 2026.
SURIA KLCC: PERSADA ISTANA DIRAJA DI PUSAT BANDAR
Dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, Centre Court Suria KLCC didekorasi menjadi sebuah Persada Istana India yang mempesonakan, diinspirasikan daripada seni bina tradisional istana diraja India.

Persada ini akan dimeriahkan dengan:
- Persembahan tarian tradisional pada 1, 7 dan 8 November 2026
- Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober serta 1, 8 dan 9 November 2026
Para peserta kemudiannya boleh berkunjung ke cawangan Flaaah untuk menikmati diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi pembelian satu kotak penuh tart.
- Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober serta 1, 7 dan 8 November 2026

Ganjaran Deepavali: Pelanggan berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, terhad kepada 300 penebusan pertama. Pelanggan yang membeli e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Voucher tambahan bernilai RM100, terhad kepada 20 pelanggan pertama.
ALAMANDA SHOPPING CENTRE: SAMBUTAN PENUH WARNA-WARNI DI PUTRAJAYA
Bermula 23 Oktober sehingga 9 November 2026, Alamanda Shopping Centre akan dihiasi dengan kolam berwarna-warni yang diterangi oleh lampu tradisional serta dilengkapi gerbang perayaan. Sepanjang kempen berlangsung, jualan Green Ribbon Pin akan terus menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC.

Dengan dana setiap pin berharga RM10 disalurkan secara langsung kepada NGO kesihatan mental.

Ganjaran Deepavali: Berbelanja RM500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM30 dan dua batang lilin wangi. Manakala berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM80 dan sepasang lilin wangi.
MESRA MALL: SAMBUTAN ALA ISTANA DI PANTAI TIMUR
Mesra Mall di Kemasik, Terengganu akan meraikan Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026, dengan kawasan kaunter Concierge dihiasi dalam suasana berinspirasikan Persada Istana India.
Sebagai sebahagian daripada Program Ganjaran Pelanggan Mesra Mall, 100 pelanggan pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit boleh menebus Baucar Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall.











